Harian Metro

‘Saya dah cuba’

-

Seorang pemandu bas ekspres yang terbabit kemalangan dengan sembilan kereta di Lebuhraya Utara-Selatan merayu Mahkamah Khas Trafik, di sini, untuk mengurangk­an hukuman terhadapny­a dengan alasan dia sudah sedaya upaya cuba mengelak daripada berlakunya kemalangan maut.

Kadershah Sabaruddin, 52, yang tidak diwakili peguam merayu agar denda yang dikenakan terhadapny­a dikurangka­n kerana dia menanggung ibu serta tiga orang anak.

“Saya sudah sedaya upaya untuk mengelak kemalangan itu daripada berlaku dan sejak kejadian itu berlaku, hidup saya tidak menentu manakala syarikat bas berkenaan tidak ambil tahu langsung,” katanya.

Kadershah yang sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika didakwa di mahkamah sama 14 November lalu menukar pengakuan kepada bersalah semalam sebelum Majistret Siti Hanum Mohmad Sah menjatuhka­n hukuman denda RM8,000 terhadapny­a. Siti Hanum turut memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda dan difahamkan tertuduh membayar denda dikenakan terhadapny­a itu.

Kadershah berasal dari Johor Bahru, didakwa melakukan kesalahan itu ketika memandu bas bernombor pendaftara­n BLB 6936 di Kilometer 265.8 PLUS arah selatan, berhampira­n Terowong Menora di sini, pada jam 2.45 petang, 10 Julai tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 1999) yang memperuntu­kkan denda antara RM4,000 hingga RM10,000, selain hukuman penjara hingga 12 bulan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superinten­dan Jasli Mohd Yusoff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, mahkamah turut menerima permintaan pihak pendakwaan untuk merekodkan butir-butir kesalahan pada lesen memandu tertuduh mengikut Seksyen 43(2) akta sama.

Jasli sebelum itu meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana tertuduh menyedari lebih awal kerosakan pada brek bas yang membawa 28 penumpang itu.

Katanya, laporan siasatan pihak Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) juga mendapati kebuk penggerak brek gandar belakang kanan yang bocor bukan kerosakan secara tiba-tiba.

Pada 11 Julai lalu, akhbar melaporkan sebuah bas ekspres dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh banyak kenderaan hingga mengakibat­kan dua wanita cedera di lokasi kejadian. Bagaimanap­un, semua 28 penumpang bas ekspres terbabit tidak cedera.

Tertuduh menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda dan difahamkan tertuduh membayar denda”

Siti Hanum Mohmad Sah

 ??  ?? KADERSHAH (tengah) didenda RM8,000 selepas mengaku bersalah.
KADERSHAH (tengah) didenda RM8,000 selepas mengaku bersalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia