Harian Metro

‘Saya tak ingat’

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

„ Isteri pemandu bas ekspres maut nahas di Pagoh terima pencen Perkeso RM1,300 sebulan

“Memang tiada pemandu kedua dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Johor dan Kuala Lumpur itu,” kata Miyarseh Kemat, 33, isteri kepada pemandu bas ekspres yang maut dalam nahas mengorbank­an 14 orang di Pagoh pada 24 Disember lalu.

Menurut Miyarseh, dia terpaksa menemani suaminya kerana diberitahu tiada pemandu kedua sepanjang perjalanan itu dan turut membawa anak bongsu mereka, Nur Natasha Zahara yang berusia setahun.

“Namun, saya langsung tidak ingat kejadian itu kerana tidur... anak juga sudah tidur ketika itu,” katanya yang ditemui selepas menerima kunjungan Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso) Pulau Pinang di Hospital Pulau Pinang (HPP), semalam.

Miyarseh dipindahka­n ke HPP pada 28 Disember lalu selepas menerima rawatan awal di Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor. Beliau yang patah kaki kiri selamat menjalani pembedahan jam

11.30 pagi, semalam.

Menurutnya, dia reda dengan pemergian suaminya, Zakeer Zubir, 32, dan anak bongsunya serta turut berterima kasih dengan bantuan dihulurkan Perkeso dan orang ramai yang prihatin dengan nasibnya.

Sementara itu, Pengurus Pejabat Perkeso Georgetown, Shaharuddi­n Waled berkata, pihaknya memberi faedah bagi bayaran pengurusan jenazah berjumlah RM1,500 bagi faedah pertama. Menurutnya, Miyarseh juga akan menerima pencen berjumlah RM1,300 yang akan diterima setiap bulan seumur hidup. Dalam kejadian 24 Disember lalu, seramai 14 orang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 137 Lebuhraya Utara-Selatan, arah Utara di Kampung Jawo, Muar, Johor, jam 3.40 pagi.

 ??  ?? MIYARSEH bersama anak dan ibu mentua, Roshida Abdul Rahim di Hospital Pulau Pinang.
MIYARSEH bersama anak dan ibu mentua, Roshida Abdul Rahim di Hospital Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia