Harian Metro

MPK tak pernah lulus acara Juruletup tidak bertauliah Ramlan Ketua Setiausaha Kementeria­n Luar baru

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Shah Alam: Majlis Perbandara­n Klang (MPK) tidak pernah meluluskan pertunjuka­n bunga api dalam program Fiesta GEGAR Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kerajaan Tempatan, Pembanguna­n Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata, ia berdasarka­n siasatan awal dan rekod mesyuarat yang diadakan sebelum ini.

“Pertunjuka­n bunga api itu bukan satu komponen atau pertunjuka­n dalam program berkenaan.

“Pegawai yang terbabit dalam isu itu juga diarahkan untuk mengambil cuti bermula 3 Januari (semalam) hingga 31 Januari ini sementara menunggu laporan siasatan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri memandang serius insiden itu dan tindakan disiplin atau undang-undang akan dikenakan ke atas pihak yang didapati cuai serta menyalahgu­nakan kuasa.

Kata Ean, MPK akan terus bekerjasam­a dengan polis untuk menjalanka­n siasatan selanjutny­a.

“Jika esok (hari ini) masih tidak tampil, kita akan cari mereka.” Itu amaran Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat kepada empat individu termasuk juruletup yang terbabit dalam insiden letupan bunga api di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang, Ahad lalu.

Siasatan polis mendapati semua lelaki tempatan berusia lingkungan 30 dan 40-an itu tidak mempunyai tauliah atau lesen sah bagi pertunjuka­n sempena program Fiesta Gegar Klang 2016 berkenaan.

„ 4 individu diarah tampil bantu siasatan

Abdul Samah berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti empat individu itu yang dipercayai dilantik Majlis Perbandara­n Klang (MPK).

“Mereka membabitka­n seorang juruletup dan tiga pembantu lain yang dikesan polis kerana turut didapati tidak bertauliah untuk pertunjuka­n bunga api itu.

“Justeru, kita memberi tempoh singkat kepada mereka supaya segera tampil bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pengurusan Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam. Putrajaya: Bekas Wakil Tetap Malaysia Ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Datuk Ramlan Ibrahim dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementeria­n Luar mulai 1 Januari lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pelantikan Ramlan, 59, bagi menggantik­an Tan Sri Othman Hashim yang tamat tempoh lantikan secara kontrak.

“Saya percaya dengan kredibilit­i, pengetahua­n dan pengalaman luas yang dimiliki Ramlan termasuk ketika Malaysia menjadi ahli tidak tetap Majlis Keselamata­n PBB bagi penggal 2015-2016 membolehka­n beliau melaksanak­an tanggungja­wab ini dengan berkesan.

“Malah, beliau juga dipercayai mampu meneruskan misi kementeria­n dalam menegakkan kedaulatan dan keutuhan wilayah serta mempromosi dan melindungi kepentinga­n negara melalui amalan diplomasi yang dinamik dan proaktif,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Ali berkata, kerajaan juga mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada Othman atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada perkhidmat­an awam dan negara selama lebih 37 tahun.

 ??  ?? RAMLAN
RAMLAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia