Harian Metro

Harga bahan binaan dalam negara tidak naik

-

Kuala Lumpur: Harga beberapa bahan binaan import meningkat mulai akhir tahun lalu berikutan kejatuhan nilai ringgit.

Bagaimanap­un, bahan binaan yang dihasilkan di dalam negara seperti simen, besi dan jubin tidak mengalami sebarang peningkata­n ketara.

Pengurus Aikta Hardware Sdn Bhd, Vincet Hew berkata, simen serta besi keluli adalah barang kawalan dan masing-masing dijual pada harga RM11.50 sekampit dan RM1,800 bagi setiap tan seperti tahun lalu dan tiada kenaikan setakat ini.

Beliau yang ditemui di kedainya di Seri Kembangan di sini, semalam berkata, kayu pula mengalami sedikit kenaikan antara tiga hingga lima peratus bergantung kepada jenis dan saiz.

“Harga bahan binaan tidak menentu kerana kenaikan atau penurunan tiada jangka masa waktu tetap seperti barangan lain, malah ada yang baru dua tahun sekali naik.

“Peniaga menjual pada harga yang kami terima daripada pembekal atau pengeluar mengikut margin untung dibenarkan,” katanya.

Katanya, kelesuan ekonomi kini dan pelaksanaa­n GST menyebabka­n beberapa peniaga bahan binaan terpaksa menutup perniagaan mereka kerana tidak dapat menampung kos operasi.

Sementara itu, Pengurus Kanan Kontrak Liew Fatt Sdn Bhd, KC Wong berkata, kebanyakan harga bahan binaan tidak naik seperti barang makanan atau perkhidmat­an yang mengalami kesan berantai dengan kenaikan harga bahan api.

Beliau yang berniaga jubin dan bahan peralatan di Balakong berkata, kenaikan harga bahan binaan tidak semestinya berlaku setiap awal tahun kerana ia bergantung kepada harga modal diberikan pembekal atau pemborong.

“Bagi jubin, kita tidak boleh kata ia meningkat kerana bergantung pada faktor seperti saiz, corak dan kuantiti, jadi harganya tidak menentu serta yang pastinya tiada peningkata­n setakat ini.

“Disebabkan ia bukan barang kawalan, harganya berbeza dan ditentukan peniaga masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

 ??  ?? WONG menunjukka­n jubin yang dijual di kedainya.
WONG menunjukka­n jubin yang dijual di kedainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia