Harian Metro

Maut limosin rempuh treler

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

„ Pemandu mati, penumpang parah nahas di Lebuhraya Elite

Seorang lelaki yang juga pemandu limosin lapangan terbang maut manakala penumpang parah selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang treler di Kilometer (KM) 32.4 Lebuhraya ELITE ke arah selatan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, mangsa, Ahmad Fazli Mohd Junid, 38, dari Seksyen 18, Shah Alam, Selangor yang memandu limosin jenis Proton Persona maut di tempat kejadian.

Sementara itu, penumpang yang juga seorang anggota polis bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban, Negeri Sembilan, Nelson Katinggang, 22, cedera di leher dan rahang manakala pemandu treler, K Ravidass, 40, berasal dari Sungai Petani, Kedah tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, siasatan awal mendapati treler yang membawa muatan baja itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Nilai, Negeri Sembilan.

Katanya, kenderaan itu dipandu di lorong paling kiri lebuh raya.

“Ketika tiba di tempat kejadian, sebuah limosin yang dipandu mangsa melanggar belakang treler berkenaan menyebabka­n mangsa maut di tempat kejadian manakala penumpang dipercayai dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), di sini, ke Seremban cedera parah.

“Penumpang yang cedera parah itu adalah anggota polis di Balai Polis Jalan Campbell, IPD Seremban,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Abdul Aziz berkata, mangsa masih dirawat di Hospital Seremban manakala pemandu limosin yang maut dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Putrajaya (HPj) untuk dibedah siasat.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta mangsa yang terbabit nahas di Kilometer 32.4 Lebuhraya ELITE, kelmarin.
KEADAAN kereta mangsa yang terbabit nahas di Kilometer 32.4 Lebuhraya ELITE, kelmarin.
 ??  ?? PEMANDU limosin maut selepas merempuh belakang treler.
PEMANDU limosin maut selepas merempuh belakang treler.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia