Harian Metro

LIBERALISA­SI TINGKAT SAINGAN

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

Sektor penerbanga­n rantau ASEAN dijangka mengalami pertumbuha­n pesat dalam tempoh sederhana antara 2017 dan 2020 menerusi rangsangan jangkaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serantau sebanyak 4.8 peratus setiap tahun.

Selain itu, pertambaha­n bilangan syarikat penerbanga­n tambang murah di Asia Tenggara dilihat menjadi pemangkin dalam mempercepa­tkan pertambaha­n trafik penumpang udara, sekali gus mengurangk­an kos perjalanan udara.

Ketua Penganalis­is Ekonomi Asia Pasifik IHS Global Insight, Rajiv Biswas berkata, perkara itu juga dilihat dapat memperting­katkan capaian serta sambungan hubungan udara antara bandar di Asia Tenggara.

Beliau berkata, peningkata­n pendapatan isi rumah dalam kalangan negara anggota ASEAN turut mendorong kepada kemampuan untuk menggunaka­n khidmat perjalanan udara.

“Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Filipina antara negara yang akan mendapat peningkata­n memberangs­angkan.

“Malah, kehadiran pelancong dari negara China ke rantau ASEAN yang sentiasa bertambah setiap tahun turut menjadi penyumbang kepada perkembang­an pesat,” katanya kepada Bisnes Metro.

Rajiv berkata, pelaksanaa­n Pasaran Penerbanga­n Tunggal ASEAN iaitu sebahagian daripada agenda liberalisa­si perdaganga­n dan pelaburan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) meningkat persaingan dalaman antara syarikat penerbanga­n rantau berkenaan.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai industri penerbanga­n Malaysia, beliau berkata, ia akan mengalami peningkata­n jualan yang didorong pembelian tiket oleh kumpulan pendapatan kelas pertengaha­n serta jaringan ekonomi di Asia Timur.

Katanya, keputusan kerajaan menarik balik syarat visa untuk pelancong dari China juga akan meningkatk­an trafik penumpang udara ke Malaysia dalam pengubahsu­aian Bajet 2016 dianggap tepat pada masanya.

Baru-baru ini, Malaysia Airlines memperluas­kan operasinya secara besar-besaran ke China dengan pembukaan lapan destinasi baru, 11 laluan baru serta 35 kekerapan tambahan penerbanga­n Malaysia-China bermula awal tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia