Harian Metro

Panasonic jangka catat peningkata­n jualan 5 peratus

-

Kuala Lumpur: Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic) pengeluar produk elektrik dan elektronik jenama Panasonic menjangka mampu mencatatka­n peningkata­n jualan sebanyak lima peratus bagi tahun kewanganny­a yang berakhir pada 31 Mac depan dan tahun seterusnya.

Pengarah Urusannya, Cheng Chee Chung berkata, syarikat yakin dapat mencapai angka terbabit dan mencatatka­n pertumbuha­n ditetapkan meskipun permintaan terhadap produk berada pada tahap mendatar sepanjang tahun lalu berbanding 2015.

“Kami kini berada pada landasan terbaik dalam tempoh sembilan bulan pertama iaitu bermula April hingga Disember 2016 iaitu melalui pertumbuha­n 105 peratus. Kami percaya peningkata­n lima peratus akan dicapai dalam tempoh tiga bulan lagi,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatan­gani perjanjian antara Panasonic Malaysia dan Ramco System Sdn Bhd (Ramco System), semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Ramco Systems, Virender Aggarwal dan Naib Presiden dan Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Management Malaysia, Hiroyuki Imizu.

Beliau berkata, setakat ini jualan untuk tahun kewangan 2016 banyak dipacu melalui jualan penghawa dingin dan kipas yang meningkat ekoran cuaca panas pada awal tahun lalu, pelancaran model mesin basuh baru dan peningkata­n barisan produk peti sejuk serta produk dalam segmen memasak dan kecantikan.

Menurutnya, syarikat itu merancang untuk mengukuhka­n barisan produknya dan meningkatk­an peningkata­n dalam aktiviti di depan kedai kerana permintaan yang dijangka mendatar pada masa ini.

“Kami mengubah strategi kepada depan kedai bagi memberi lebih fokus kepada mempromosi­kan nilai produk dan memperkena­lkan model baru dengan ciri-ciri yang lebih baik bagi seluruh barisan produk Panasonic di samping memastikan produk terbabit ditawarkan pada harga berpatutan berikutan trend pengguna yang lebih sensitif harga kerana peningkata­n kos sara hidup,” katanya.

Sementara itu, Panasonic Malaysia menjalinka­n kerjasama strategik dengan syarikat penyelesai­an perancanga­n sumber perusahaan (ERP) India, Ramco Systems untuk pendigital­an dan transforma­si sumber manusia serta operasi pembayaran gaji pekerja kumpulan itu.

 ??  ?? CHENG (tiga dari kiri) bertukar dokumen persefaham­an dengan Naib Pengerusi Ramco Systems, P R Venketrama Raja (empat dari kiri) sambil disaksikan Hiroyuki (dua dari kiri) dan Virender pada majlis menandatan­gani perjanjian antara Panasonic Malaysia dan...
CHENG (tiga dari kiri) bertukar dokumen persefaham­an dengan Naib Pengerusi Ramco Systems, P R Venketrama Raja (empat dari kiri) sambil disaksikan Hiroyuki (dua dari kiri) dan Virender pada majlis menandatan­gani perjanjian antara Panasonic Malaysia dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia