Harian Metro

MPTN cipta sejarah

-

„ Tonton, ntv7 dipilih penyiar rasmi kejohanan ESL One Genting DOTA 2

Media Prima Television Networks (MPTN) mencipta sejarah tersendiri apabila portal videonya iaitu Tonton dan saluran ntv7 dipilih sebagai penyiar rasmi kejohanan ESL One Genting DOTA 2 yang akan diadakan di Arena of Stars Genting Highlands.

Penggemar acara e-sukan itu berpeluang menyaksika­n lapan pasukan terhandal dunia termasuk Fnatic dari Malaysia merebut kejuaraan dengan hadiah ditawarkan AS$250,000 (RM1.13 juta) dari 6 hingga 8 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Datuk Kamal Khalid berkata, semua 6.3 juta pengguna berdaftar Tonton boleh menyaksika­n siaran langsung pusingan separuh akhir dalam format HD secara percuma.

“Pusingan separuh akhir akan disiarkan pada 6 dan 7 Januari manakala pusingan akhir pada 8 Januari. Saluran ntv7 akan menayangka­n pusingan akhir pada 8 Januari mulai jam 6 petang,” katanya.

Menurutnya, selain acara berkenaan, MPTN turut menyiarkan kejohanan 1 lawan 1 yang akan diadakan di Boulevard Driveway, Berjaya Times Square Mall dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada 8 Januari.

“Pendaftara­n adalah percuma dan ia mula dibuka pada jam 10 pagi serta terhad kepada 32 pemain saja,” katanya.

Kamal berkata, pihaknya berbangga dapat bekerjasam­a dalam menyiarkan acara yang semakin mendapat perhatian penggemar e-sukan khususnya DOTA 2.

“Kami akan terus mempelbaga­ikan kandungan sukan melalui platform media yang kami kendalikan. Penawaran e-sukan dijangka menarik penonton di bandar selain peminat sukan sedia ada.

“Malah, ini peluang terbaik untuk peminat DOTA

2 menyaksika­n kejohanan berkenaan walaupun tidak dapat hadir ke lokasi ia berlangsun­g,” katanya.

 ??  ?? Kami akan terus mempelbaga­ikan kandungan sukan melalui platform media yang kami kendalikan dan penawaran e-sukan dijangka menarik penonton di bandar selain peminat sukan sedia ada”
Kamal Khalid
Kami akan terus mempelbaga­ikan kandungan sukan melalui platform media yang kami kendalikan dan penawaran e-sukan dijangka menarik penonton di bandar selain peminat sukan sedia ada” Kamal Khalid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia