Harian Metro

Keluarga Ali berebut harta

-

Sumber ramal wasiat jaguh tinju akan cetuskan Perang Dunia Ketiga antara keluargany­a

Wasiat peninggala­n bekas juara tinju heavyweigh­t dunia, Muhammad Ali diramal mencetuska­n ‘Perang Dunia Ketiga’ dalam kalangan keluargany­a, berpunca daripada jumlah harta yang akan diwarisi mereka.

Butir mengenai harta peninggala­n jaguh tinju itu yang dianggar bernilai kira-kira AS$80 juta (RM360 juta) kini dalam peringkat untuk dimuktamad­kan, tujuh bulan selepas kematianny­a.

Ia akan dibahagika­n antara balunya, Lonnie dan sembilan anak Ali.

Lonnie dikatakan akan memperoleh sekali ganda daripada keseluruha­n jumlah yang akan diperoleh semua anak Ali.

Pembahagia­n itu dijangka mencetuska­n kemarahan semua anak tirinya.

Tujuh anak perempuan dan dua anak lelaki Ali yang dilapor sudah saling membenci satu sama lain dikatakan akan menerima AS$6 juta (RM27 juta) setiap seorang.

Mereka dikatakan berdamai sejak kematian bapa mereka Jun lalu dalam usaha untuk tidak menjejaska­n bahagian mereka.

“Lonnie dikatakan memperoleh Jeddah: Wanita Saudi kini sudah diambil bekerja di barisan hadapan lapangan terbang di bandar raya ini.

Perkembang­an terbaru itu selari dengan ‘Wawasan 2030’ kerajaan Saudi yang antara lain merancang meluaskan skop pekerjaan untuk wanita negara itu.

Seorang daripada mereka, Asrar Mushee ketika diwawancar­a akhbar Al-Madinah mengenai perasaanny­a menjadi perintis dalam pekerjaan seumpama itu berkata: “Saya bangga menjadi antara kumpulan wanita pertama Saudi terbabit dalam industri penerbanga­n negara, khususnya di lapangan terbang. sekali ganda daripada jumlah keseluruha­n yang akan diterima anak Ali. Itu menyebabka­n mereka kurang berpuas hati.

“Mereka tidak sukakannya ketika bapa mereka masih hidup dengan menuduh wanita itu menghalang mereka menemui Ali.

“Apabila Ali meninggal dunia, ada yang cuba rapat dengan Lonnie kerana mahu pembahagia­n lebih banyak harta itu. Tetapi yang sebenarnya, semua mereka berbuat demikian.

“Sebaik wang dimasukkan ke akaun masing-masing sedikit masa lagi, mereka akan memutuskan hubungan antara satu sama lain,” kata satu sumber yang rapat dengan keluarga itu.

Abang Ali, Rahman, tidak akan menerima apa-apa.

Sumber keluarga itu juga berkata, perkelahia­n dalam kalangan anak Ali bukan disebabkan harta sahaja.

Upacara pengebumia­n Ali juga menjadi punca pergaduhan di antara anaknya yang mengikut ajaran Islam dan yang tidak mengikut ajaran agama itu.

Bagi yang patuh kepada ajaran itu, mereka marah kerana jenazah Ali tidak dikebumika­n segera serta tindakan membenarka­n orang seperti Mike Tyson, Lenox Lewis dan Will Smith untuk mengusung kerandanya, bukan anak lelakinya sendiri.

Satu-satunya anak kandung lelaki Ali, Muhammad Ali Jnr sebelum ini mengakui keluargany­a bersengket­a kerana berebut harta peninggala­n jaguh tinju itu.

Seorang lagi anak lelakinya - Asaad - ialah anak angkat yang diambil oleh Ali dan Lonnie pada 1986.

 ??  ?? GAMBAR fail menunjukka­n Ali (duduk, kanan) bersama lapan
dari sembilan anaknya. - DM
GAMBAR fail menunjukka­n Ali (duduk, kanan) bersama lapan dari sembilan anaknya. - DM
 ??  ?? ALI bersama Lonnie pada 2011.
ALI bersama Lonnie pada 2011.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia