Harian Metro

Identiti penyerang kelab malam sudah dikenal pasti

- AFP

Pihak berkuasa Turki sudah mengenal pasti identiti lelaki bersenjata yang menembak mati 39 orang dalam serangan di sebuah kelab malam pada pagi hari Tahun Baru.

“Identiti lelaki yang melakukan serangan di Ortakoy sudah dikenal pasti,” kata Menteri Luar Mevlut Cavusoglu dalam wawancara dengan agensi berita rasmi negara itu, Anadolu.

Dia bagaimanap­un tidak memberikan butir lanjut mengenainy­a dan usaha memburu lelaki itu dikatakan masih diteruskan.

Dalam pada itu, beberapa orang lagi ditangkap berkait dengan serangan berkenaan semalam.

Lelaki terbabit yang didakwa warga Asia Tengah menembak mati seorang anggota polis dan seorang awam di pintu masuk kelab malam Reina Ahad lalu sebelum melepaskan tembakan secara rambang di dalam kelab itu.

Kebanyakan yang terbunuh ialah warga asing, termasuk empat dari Arab Saudi, yang ketika itu sedang bersuka ria menyambut Tahun Baru.

Daish mengaku bertanggun­gjawab terhadap serangan itu dengan berkata, ia tindakan balas dendam ke atas pembabitan tentera Turki di Syria.

Akhbar Haberturk melaporkan, siasatan polis menunjukka­n lelaki itu memasuki Turki dari Syria bersama-sama isteri dan dua anaknya sebelum ke Konya, bandar di tengah Turki, pada November.

Semalam, polis menahan 27 orang di bandar Izmir, termasuk wanita dan kanak-kanak yang datang dari Konya. - Agensi

Seorang askar Israel yang menembak mati lelaki Palestin yang cedera dan terbaring di tanah didapati bersalah semalam atas tuduhan membunuh dalam perbicaraa­n yang mencetuska­n perbalahan di negara itu.

Elor Azaria dibicara atas dakwaan membunuh di mahkamah tentera sejak Mei lalu. Dia mendapat sokongan ahli politik sayap kanan walaupun pegawai tinggi tentera mengutuk pembunuhan berkenaan.

Dia bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun. Mahkamah akan memutuskan tarikh untuk hukuman itu dijatuhkan.

Hakim Maya Heller mengambil masa dua setengah jam membacakan keputusann­ya dan mengkritik keras hujah pembelaan peguam Azaria.

Bagi pihak panel tiga hakim, Heller berkata, tiada sebab untuk Azaria melepaskan tembakan kerana lelaki Palestin itu tidak lagi memberikan ancaman.

Azaria berusia 19 tahun ketika dia melakukan kekejaman itu pada Mac 2016.

Dengan memakai uniform tentera, Azaria masuk ke mahkamah semalam sambil tersenyum dengan anggota keluarga dan penyokongn­ya bertepuk tangan manakala seorang lelaki memeluknya.

Namun, wajah Azaria berubah ketika Heller membacakan keputusan perbicaraa­n.

Azaria dan keluargany­a juga

 ??  ?? POLIS Israel menahan seorang penunjuk perasaan di luar Kementeria­n Pertahanan di Tel Aviv semalam ketika demonstras­i
menyokong Azaria. - AFP
POLIS Israel menahan seorang penunjuk perasaan di luar Kementeria­n Pertahanan di Tel Aviv semalam ketika demonstras­i menyokong Azaria. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia