Harian Metro

Tentera Iraq tawan 2 lagi daerah di Mosul

-

Erbil (Iraq): Tentera Iraq semakin mara dalam usaha menawan semula timur Mosul daripada Daish dan kini menguasai dua lagi daerah di kawasan di situ.

Unit elit kementeria­n dalam negeri dilaporkan memasuki daerah Mithaq semalam dan kini melakukan usaha pembersiha­n di situ, sehari selepas pasukan antikegana­san menawan semula sebuah zon perindustr­ian.

Sementara itu, anggota Daish mengambil kesempatan menggunaka­n bentuk muka bumi dan persekitar­an di bandar itu untuk menyorokka­n bom kereta di lorong sempit selain menempatka­n penembak tepat di atas bangunan tinggi yang menyasarka­n orang awam di bawah.

Mereka turut membina terowong bawah tanah dan laluan di antara bangunan dalam usaha menghadapi serangan tentera Iraq.

Dalam pada itu, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, 13,000 penduduk melarikan diri dari bandar berkenaan sejak lima hari lalu.

Sebahagian besar mereka ialah penduduk di timur Mosul, tetapi ada juga yang dari barat bandar, kawasan yang masih dikuasai sepenuhnya oleh cuba melarikan diri.

Walaupun berdepan kekurangan bekalan makanan dan minuman, sebahagian penduduk memilih untuk tidak berpindah. - Reuters Ankara: Turki semalam memberi amaran, rundingan damai Syria yang ditajanya bersama Russia berdepan ancaman dan menggesa rejim Presiden Bashar al-Assad menghentik­an pencabulan terhadap gencatan senjata yang dikuatkuas­akan sejak 1 Januari lalu.

Menteri Luar Mevlut Cavusoglu menggesa Iran yang bersama Russia menyokong Bashar memberi tekanan terhadap militan

Syiah supaya mematuhi gencatan senjata berkenaan yang akan digunakan sebagai asas untuk rundingan damai.

Jika ia benar-benar dipatuhi, menurut Mevlut, rundingan damai boleh dimulakan pada 23 Januari depan di Astana, ibu negara Kazakhstan di bawah pengawasan Turki dan Russia.

“Jika tidak, proses rundingan damai akan musnah.

“Jika kita lihat siapa yang mencabul gencatan senjata itu, ia adalah Hizbullah, khususnya kumpulan Syiah dan tentera rejim,” kata Mevlut ketika diwawancar­a agensi berita rasmi negara itu, Anadolu.

Kelmarin, kumpulan penentang Bashar berkata, mereka menggantun­g perbincang­an mengenai rundingan damai baru selepas serangan udara tentera Bashar di Idlib, kawasan yang mereka kuasai, menyebabka­n 25 orang terbunuh. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR yang dipetik dari rakaman video menunjukka­n kepulan asap dari bangunan yang menjadi sasaran serangan udara tentera Syria di Wadi Barada, barat laut Damsyik, kawasan yang dikuasai kumpulan penentang, semalam. - AP
GAMBAR yang dipetik dari rakaman video menunjukka­n kepulan asap dari bangunan yang menjadi sasaran serangan udara tentera Syria di Wadi Barada, barat laut Damsyik, kawasan yang dikuasai kumpulan penentang, semalam. - AP
 ??  ?? ORANG awam berjalan melintasi tentera Iraq ketika melarikan diri dari tenggara Mosul, semalam. - AFP
ORANG awam berjalan melintasi tentera Iraq ketika melarikan diri dari tenggara Mosul, semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia