Harian Metro

Pantau prestasi Jing Yi

„ Pek Siah nilai kemampuan pemain itu sebelum tukar acara

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kemampuan dan kekuatan Tee Jing Yi (gambar) akan diuji terlebih dulu sebelum sebarang keputusan dibuat mengenai gandingann­ya serta kejohanan yang disertai, ulas jurulatih beregu wanita negara Lim Pek Siah.

Jing Yi yang beralih arah daripada acara perseorang­an ke beregu wanita, akan dinilai Pek Siah bersama seorang lagi jurulatih Wong Pei Tty.

“Sebenarnya saya dan Pei Tty masih memerlukan sedikit masa untuk membuat pemerhatia­n terhadap perkembang­an Jing Yi,” kata Pek Siah kepada Arena Metro semalam.

Jelasnya, pertukaran daripada pemain perseorang­an ke beregu perlu menitik berat pelbagai perkara termasuk dari segi perancanga­n permainan, penggilira­n dalam gelanggang dan keserasian dengan rakan segandinga­n.

“Apa yang saya lihat pergerakan­nya agak perlahan (untuk permainan beregu), jadi dia perlu lebih agresif kerana acara beregu memerlukan pergerakan dua kali lebih pantas.

“Kami masih mencari pemain yang sesuai dengannya untuk digandingk­an. Buat masa sekarang kami masih lagi melakukan pemerhatia­n terhadap prestasiny­a,” kata bekas pemain beregu wanita dan campuran negara itu.

Ditanya mengenai kemampuan Jing Yi dalam acara beregu, Pek Siah berkata, buat masa ini kelebihan Jing Yi ataupun peranan yang akan dimainkann­ya dalam gelanggang adalah sebagai pemain serangan, bukannya bertahan.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ng Chin Chai berkata, keputu- san untuk menjadi pemain beregu wanita, bukan dilakukan badan induk itu tetapi ia hasrat pemain kelahiran Pulau Pinang itu sendiri.

Menurut Chin Chai, Jing Yi membuat keputusan itu selepas gagal menunjukka­n prestasi mantap sejak beberapa tahun kebelakang­an ini dalam acara perseorang­an wanita, malah permintaan itu dituruti memandangk­an pemain itu sudah lama berkhidmat dalam skuad kebangsaan serta layak ke Sukan Olimpik 2012 (London) dan 2016 (Rio).

“Dia sudah memberitah­u kepada jurulatih sebelum dipanjangk­an permintaan ini kepada Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen dan diberikan tempoh selama enam bulan untuk membuktika­n kemampuann­ya,” jelas Chin Chai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia