Harian Metro

Day optimis tapi waspada Murray cemas diasak Chardy

- AFP

„ Bintang Australia tekad duduki kelompok teratas

Jason Day memulakan kempen 2017 pada Kejohanan Juara-Juara Jelajah PGA Amerika Syarikat hari ini di ranking pertama dunia dan pemain Australia itu berharap usahanya untuk pulih daripada kecederaan belakang akan terus meletakkan­nya di tempat teratas.

Bercakap kepada media di Kapalua, Hawaii semalam yang mana kejohanan elit itu bermula hari ini, Day berkata, dia ‘optimis namun berwaspada’ untuk mengelak daripada dibebani kecederaan seperti tahun lalu.

“Saya cuba untuk memperbaik­i prestasi secara beransur-ansur,” kata Day, yang berehat tiga bulan akibat kecederaan belakang yang menghalang­nya daripada menyertai Kejohanan Jelajah September lalu sementara menjalani proses pemulihan.

“Tubuh, permainan dan hayunan saya rasanya semakin baik,” kata Day.

“Saya rasa keadaan mental saya jauh lebih baik daripada separuh kedua tahun lalu, jadi saya mengharapk­an sesuatu yang lebih baik tahun ini.”

Day berkata, dia berusaha untuk memendekka­n hayunan ke belakang dalam usaha meringanka­n tekanan pada tulang belakangny­a.

“Tujuh bulan satu tempoh yang agak lama,” katanya.

Masalah kesihatan bukan satu-satunya isu yang menjejaska­n kerjaya Day tahun lalu dan berkata tahun ini dia tidak mahu bimbang mengenai gaya permainan perlahan dan kembali menggunaka­n kaedah yang berjaya memberikan tujuh kemenangan daripada 17 kejohanan disertai.

Ia termasuk tiga gelaran PGA AS tahun lalu namun tidak meraih sebarang gelaran selepas Kejuaraan Pemain-pemain pada Mei.

Day mengakui kebimbanga­n mengenai gaya permainan lambat menjejaska­n rancangan permainan kebiasaann­ya.

(gambar)

Doha: Andy Murray

memulakan kempen 2017 dengan meneruskan kejayaan tahun lalu apabila menewaskan Jeremy Chardy pada kejohanan pembuka tirai di Qatar kelmarin sekali gus merekod kemenangan ke-25 berturut-turut.

Pemain nombor satu dunia itu menang 6-0, 7-6, melepasi set pertama dalam tempoh hanya 20 minit sebelum pemain Perancis itu bangkit pada set kedua.

“Dia tidak bermula dengan baik, perlawanan pertama awal tahun pastinya sukar,” kata Murray mengenai lawannya.

“Pada set kedua dia bermain lebih baik, lebih agresif. Perlawanan menjadi lebih baik pada set kedua.”

Kali terakhir Murray tewas adalah pada September 2016 di tangan pemain Argentina Juan Martin del Potro

(gambar)

mengalami kekalahan mengejut kepada rakan senegara Madison Brengle pada pusingan kedua Kejohanan WTA Klasik Auckland sekali gus menamatkan segera permulaan kempennya musim ini.

Dalam perlawanan pertamanya sejak tewas pada separuh akhir Terbuka AS empat bulan lalu, Serena tewas 4-6, 7-6 (7/3), 4-6 di tangan pemain nombor 72 dunia itu dalam tempoh dua dalam Piala Davis, lebih 100 hari lalu.

Sepanjang siri kemenangan­nya itu, dia menjulang lima gelaran berturut-turut dan merampas gelaran nombor satu dunia daripada Novak Djokovic.

Murray menjadi pilihan pertama di Doha manakala Djokovic, juara bertahan Terbuka Qatar sebagai pilihan kedua.

Sekiranya tiada halangan kedua-dua pemain terbaik dunia itu akan bertemu pada aksi final Sabtu ini.

Terdahulu pemain Perancis Jo-Wilfried Tsonga turut mara ke pusingan kedua namun terpaksa berhempas pulas mengatasi pemain Russia Andrey Kuznetsov.

Pemain nombor 12 dunia itu menang 6-1, 4-6, 6-2 untuk bertemu pemain Jerman Dustin Brown pada pusingan berikutnya. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia