Harian Metro

‘Terserah pada kerajaan negeri’

- Azlan Hafeedz sukan@hmetro.com.my

„ Afandi akui nasib Kelantan dalam Liga M diketahui hari ini

Keputusan sama ada Kelantan menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga M) akan bergantung sepenuhnya kepada kata putus kerajaan negeri hari ini.

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, segala keputusan bergantung kepada perincian yang akan dikemukaka­n kerajaan negeri sebelum pihaknya membuat keputusan

(gambar

kanan)

muktamad esok.

Katanya, sebaik menerima perincian itu, beliau akan membentang dan mengemukak­an pula kepada Exco KAFA untuk membuat keputusan terakhir sama ada kekal atau tidak dalam Liga M.

“Ekoran daripada perbincang­an bersama kerajaan negeri baru-baru ini, perkara itu saya akan nyatakan dan beri penjelasan kepada Exco berkaitan pertemuan itu dan hari ini (semalam), saya berikan penjelasan kepada mereka mengenai apa yang berlaku ketika perbincang­an itu.

“Kami sudah nyatakan kerajaan negeri akan memaklumka­n kepada kami esok (hari ini) seperti surat yang kami hantar. Segala cadangan dan perinciann­ya perlu dimuktamad­kan esok (hari ini) dan kami (Exco) akan menunggu cadangan berkenaan,” katanya.

Bekas Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa turut hadir pada majlis pertemuan dengan media di Kopitiam Kita di Jalan Sri Cemerlang, namun mengambil langkah selamat dengan berdiam diri sebelum meninggalk­an majlis itu.

Turut hadir Naib Presiden KAFA, Datuk Mohd Rosmadi Ismail dan Setiausaha Agung, Datuk Mohd Ismail Md Noor.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan menyatakan komitmen tinggi mahu memastikan The Red Warriors (TRW) kekal beraksi dalam saingan (Liga-M) musim ini, Isnin lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, perbincang­an kedua-dua pihak itu bersetuju mahu pasukan bola sepak negeri meneruskan saingan musim ini.

Afandi berkata, sebaik menerima cadangan daripada kerajaan negeri, Exco KAFA pula akan membuat penilaian sebaik diberi penerangan mengenai cadangan itu olehnya sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia