Harian Metro

FIFA benar Faiz pakai baju Melayu

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my Rudy Syareme Sheriffudi­n sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tiada halangan buat finalis anugerah Puskas 2016 Faiz Subri untuk memakai baju tradisiona­l Melayu bagi menghadiri majlis Anugerah Terbaik FIFA di Zurich, Switzerlan­d pada 9 Januari ini apabila penganjur sudah memberikan kebenaran.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) tiga minggu lalu.

“Sebenarnya tidak ada masalah untuk Faiz memakai baju Melayu pada majlis anugerah itu kerana FIFA sudah meluluskan permohonan yang dibuat oleh FAM tiga minggu lalu.

Status bekas jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan sebenarnya masih misteri apabila hingga kini beliau masih belum menerima surat rasmi penamatan kontrak daripada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) selepas dipecat pada 7 Ogos lalu.

Bukan saja beliau seperti ‘digantung tak bertali’ malah lebih memeritkan apabila janji pihak pengurusan untuk bayaran penuh baki kontraknya hingga November tahun ini gagal dikotakan.

Difahamkan baki kontrak bekas pemain kebangsaan itu hampir RM900,000 selepas pengurusan hanya membuat bayaran secara bulanan sejak Ogos

2016 namun sudah tidak menerima gaji pada November dan Disember lalu.

“Terpulang kepada Faiz untuk mengenakan pakaian mengikut yang ditetapkan oleh penganjur FIFA pada majlis itu nanti,” katanya.

Faiz, 29, akan berada dalam satu majlis anugerah bola sepak paling berprestij yang turut dihadiri bintang dunia seperti Cristiano Ronaldo dari Portugal, Lionel Messi (Argentina) dan Neymar (Brazil) apabila dia dipilih sebagai antara tiga calon terakhir anugerah Puskas 2016 menerusi undian peminat seluruh dunia.

Dua lagi pencabar Faiz bagi anugerah yang memberi pengiktira­fan kepada jaringan tercantik itu adalah pemain Brazil Marlone dan Daniuska Rodriguez (Venezuela).

Penyerang Pulau Pinang itu menempa nama apabila menghasilk­an gol menakjubka­n menerusi sepakan percuma dari jarak 32 meter ketika bertemu Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya pada 16 Februari 2016.

Sebelum ini Faiz menyuaraka­n hasrat untuk memakai baju Melayu pada majlis itu dan kelmarin dia menerima satu persalinan baju Melayu serta songket dan tengkolok bernilai RM3,000 disumbangk­an oleh Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA). Georgetown: “Saya berdoa kepada Allah SWT supaya kemenangan menjadi milik saya biarpun hakikatnya tidak menaruh harapan yang begitu tinggi,” kata pemain tengah Pulau Pinang, Faiz Subri sebelum bertolak ke Zurich, Switzeland untuk menghadiri Anugerah Puskas 2016 pada 9 Januari ini.

Faiz, 29, anak kelahiran Air Itam, Kedah sebenarnya amat berharap keputusan yang cukup mendebarka­n itu akan menggembir­akan rakyat Malaysia.

“Segalanya kini terpulang kepada undian akhir yang berakhir pada 9 Januari ini dan berharap semua peminat akan terus mengundi saya.

“Saya akui saingan cukup sengit namun segalanya terpulang kepada

 ??  ?? FAIZ (tengah) bersama peminat cilik pada majlis tahlil, malam tadi.
FAIZ (tengah) bersama peminat cilik pada majlis tahlil, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia