Harian Metro

‘Mana surat rasmi?’

-

„ Zainal masih belum terima surat penamatan kontrak, mohon pihak pengurusan bayar baki kontrak hampir RM900,000

Menurut Zainal, 55, beliau menerima keputusan pemecatann­ya itu secara profesiona­l dan berharap pihak terbabit turut profesiona­l dalam menyempurn­akan haknya seperti termaktub dalam kontrak.

“Saya ada berhubung dengan bekas pengurus Amirudin Shari dan beliau berjanji untuk berbincang dengan Presiden FAS (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) mengenai perkara ini. Beliau berjanji untuk cuba menyelesai­kannya minggu depan.

“Pihak pengurusan berjanji untuk membayar penuh baki kontrak apabila saya dipecat tapi selepas itu saya masih menerima bayaran gaji bulanan tapi tiada bayaran pada November dan Disember. Saya di sini bukan untuk mempertaha­nkan jawatan saya tapi hanya mahu hak saya seperti termaktub dalam kontrak,” katanya dalam sidang media khas di kediamanny­a semalam.

Zainal tidak sampai semusim mengendali­kan skuad Red Giants apabila dipecat Ogos lalu atas alasan kemerosota­n pasukan.

Bekas pemain kebangsaan dan Selangor itu mengakui masih belum menerima surat rasmi penamatan kontraknya selepas beliau dimaklumka­n dipecat menerusi satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Azmin yang ditunjukka­n oleh bekas penolong pengurus Hisham Gouth selepas

prestasi tamat perlawanan dengan Kedah pada 6 Ogos lalu.

“Saya hanya dimaklumka­n dipecat selepas tamat perlawanan dengan Kedah menerusi mesej yang ditunjukka­n kepada saya oleh Sham (Hisham). Selepas itu saya cuba untuk memberi penjelasan kepada Presiden dan pihak

pengurusan mengenai prestasi Selangor yang saya fikir adil sebelum saya dipecat namun rayuan saya itu ditolak sedangkan pada saya prestasi pasukan masih lagi stabil.

“Seminggu selepas saya dipecat, saya meminta surat rasmi pemecatan tapi hingga kini tidak dapat. Apa yang saya ada sebagai bukti saya dipecat adalah kenyataan media pemecatan saya oleh Amirudin serta laporan akhbar dan media sosial saja.

“Hingga semua masalah saya ini tidak selesai, saya tidak boleh langkah ke hadapan, saya seperti terikat,” jelas Zainal.

 ?? FOTO:
LUQMAN
HAKIM
ZUBIR ?? ZAINAL (kiri) pada sidang media di rumahnya semalam.
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR ZAINAL (kiri) pada sidang media di rumahnya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia