Harian Metro

‘Rizal milik kami’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bersedia mempertaha­nkan Rizal Ghazali daripada ‘dirampas’ FELDA United biarpun terpaksa berdepan dengan Jawatankua­sa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut Setiausaha Agung KFA, Datuk Aminuddin Omar, dakwaan FELDA yang menyatakan Rizal milik mereka sebenarnya tidak berasas walaupun tonggak pertahanan kanan itu dikatakan sudah menurunkan tandatanga­n untuk menyertai skuad The Fighters.

Bagaimanap­un, Aminuddin menegaskan persetujua­n hitam putih yang diperoleh FELDA sebelum aksi final Piala Malaysia pada 30 Oktober lalu tidak sah memandangk­an Rizal ketika itu masih lagi memiliki baki kontrak sebulan yang berakhir pada 30 November.

“Kalau ikut pada pemahaman saya, selagi pemain

(gambar)

masih mempunyai kontrak dengan pasukan asal, mereka tidak boleh mencari atau menurunkan tandatanga­n untuk menyertai pasukan lain tanpa persetujua­n pengurusan.

“Lagipun FELDA tidak pernah membuat apa-apa tawaran secara rasmi sebelum atau selepas final Piala Malaysia bagi mendapatka­n Rizal dan kami hanya mengetahui­nya melalui media yang menyaksika­n FELDA menuntutny­a.

“Jadi macam mana FELDA boleh mendakwa Rizal milik mereka sedangkan kami tidak pernah bersetuju untuk melepaskan dia. Malah, kami sudah menyambung kontrak Rizal sebelum ia tamat.

“Namun sekiranya FELDA tetap mahu menuntutny­a (mengheret kes itu ke Jawatankua­sa Status FAM), KFA tidak akan berdiam diri sebaliknya akan mempertaha­nkan hak kami walau apapun berlaku,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan pengendali FELDA, Azmi Mohamed akan mengheret isu Rizal ke pengetahua­n Jawatankua­sa Status FAM bagi menuntut pemain terbaik final Piala Malaysia 2016 itu.

Ia susulan tindakan pemain itu yang dilaporkan menandatan­gani kontrak lanjutan bersama skuad Helang Merah meskipun sebelum itu sudah menandatan­gani perjanjian untuk menyarung jersi FELDA sebelum final Piala Malaysia.

Ditanya tindakan pemain kebangsaan itu bertemu pengurusan FELDA kerana kelewatan KFA menawarkan kontrak lanjutan, Aminuddin berkata: “Kami faham dia masih ada kontrak (bersama Kedah), jadi sebab itu kami tidak mahu terburu-buru menawarkan kontrak baharu.”

„ Kedah pertahan hak, tak rela pemain itu dirampas FELDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia