Harian Metro

Kerana Anisa sarat konflik

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Impian murni seorang remaja perempuan untuk menjadi peguam dan berbakti kepada masyarakat tidak kesampaian apabila ditentang bapanya sendiri.

Siapa mampu menolak permintaan keluarga apabila segala-galanya sudah diatur dan dipaksa bernikah pula pada usia muda dengan jejaka bukan pilihan hati?

Bukankah setiap manusia itu berhak diberi kebebasan untuk memilih jalan hidup dan cinta yang hadir pula perlu lahir dari hati tanpa dipaksa atau dijolok dengan kemewahan?

Begitulah jalan cerita yang cuba dizahirkan dalam drama bersiri terbaru terbitan Enuja Sdn Bhd berjudul Kerana Anisa.

Iabakalmen­emui penonton bermula Isnin depan menerusi slot Samarinda di TV3, jam 10 malam.

Sarat dengan drama dan konflik yang pastinya meragut setiap jiwa yang menonton, drama bersiri 15 episod ini bakal membuatkan penonton tidak senang duduk selain ternanti-nanti episod demi episod.

Dramaaraha­nJamal Khan ini dibintangi Zara

Zya, Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad, Sura Sujangi, Aman Graseka, Ellie Suriaty, Uqasha Senrose dan Syaffiq Sahli.

Menurut Zara yang membawa watak utama sebagai Anisa, dia mengakui kali ini banyak bermain dengan emosi dalaman selain menuntutny­a melakonkan banyak babak menangis.

“Anisa seorang perempuan yang mempunyai misi dalam hidup. Namun akibat tentangan bapa, dia tidak dapat meneruskan impiannya untuk menjadi peguam malah dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya.

“Biarpun dia mencintai lelaki seusia dengannya, namun dia terpaksa akur berkahwin dengan seorang lelaki kaki pukul selain diseksa bagai binatang.

“Biarpun Anisa kuat menjalani kehidupan mendatang tetapi dia banyak memendam perasaan kerana melalui pengalaman hitam yang menyeksaka­n.

“Terus terang, saya ‘ letih’ dalam menjayakan watak ini kerana ia benar-benar menguji kemampuan saya sebagai pelakon. Selain itu, ia juga memerlukan saya menangis setiap hari.

“Bagaimanap­un saya sangat teruja membintang­i drama ini kerana skripnya yang sangat membantu menjiwai karakter ini dengan baik. Selain itu, ia juga akan membuatkan penonton ternanti-nanti apakah yang akan berlaku seterusnya berbanding drama adaptasi novel yang sudah diketahui pengakhira­n jalan cerita itu,” katanya.

Ditanya mengenai hero drama terbabit yang masih ‘hijau’ dalam industri seni lakonan iaitu Mustaqim Bahadon, Zara berkata, dia sukar untuk menilai kemampuan lakonan pelakon itu sebelum drama itu ditayangka­n.

“Ini adalah drama kedua kami berlakon bersama.

 ??  ?? ANTARA babak dalam
drama ini.
ANTARA babak dalam drama ini.
 ??  ?? JAMAL memberi arahan kepada Mustaqim.
JAMAL memberi arahan kepada Mustaqim.
 ??  ?? MUSTAQIM harap lakonannya diterima.
MUSTAQIM harap lakonannya diterima.
 ??  ?? FAHRIN dan Uqasha turut berlakon.
FAHRIN dan Uqasha turut berlakon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia