Harian Metro

‘DIA INSAN TERBAIK SEBAGAI SUAMI’

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

Tarikh 30 Disember lalu menjadi tarikh keramat penyatuan dua hati bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014) iaitu Adeline

Joyce Masidah, 24, atau

Adel bersama jejaka pilihan hatinya, Muhammad Affan Jumahat, 30.

Selang dua hari kemudian, Adel dan suaminya memilih tarikh 1 Januari 2017 sebagai hari persanding­an yang berlangsun­g dalam suasana sederhana tetapi romantis di Taman Mini Akuakultur KoNelayan, Kampung LayaLaya, Tuaran, Sabah.

Bertemakan perkahwina­n dalam taman, Adel dan Muhammad Affan memilih putih sebagai tema warna dan hiasan bunga hasil sentuhan rekaan Garden Weddings.

Ketika ditanya mengapa memilih menamatkan zaman bujang pada usia muda, Adel menyifatka­nnya sebagai takdir dan jodohnya.

“Jika diikutkan tempoh perkenalan kami juga singkat iaitu hanya setahun sebelum mengambil keputusan menjadi pasangan hidup.

“Bagi saya, usia yang muda atau tempoh perkenalan bukanlah ukuran untuk mengambil keputusan melangkah ke alam rumah tangga.

“Apa yang penting, jika kita berjumpa dengan orang yang betul untuk berkongsi hidup, tidak salah untuk berkahwin. Dalam hal ini, saya yakin dia insan terbaik untuk menjadi suami,” katanya.

Mengimbas kembali detik perkenalan mereka, Adel berkata, mereka berkenalan menerusi seorang sahabat tahun lalu.

“Ketika itu, saya tidak langsung terfikir akan berkahwin dengannya, tetapi selesa berkawan dengannya. Saya kemudian sedikit demi sedikit mengenalin­ya termasuk status dan kisah hidup keluargany­a,” katanya.

Pernah dituduh menjadi punca keretakan rumah tangga Muhammad Affan bersama bekas isteri, penyanyi kelahiran Keningau, Sabah ini tidak cepat melatah, sebaliknya mengambil pendekatan menjelaska­n keadaan sebenar kepada peminat.

Februari lalu, Adel memaklumka­n suaminya dalam proses perceraian dengan bekas isteri sekali gus menafikan menjadi orang ketiga.

Menurutnya, keputusan berkahwin bukanlah perkara mudah yang dilakukan mereka kerana perlu menjaga banyak hati khususnya keluarga.

Apatah lagi, keputusan itu turut membabitka­n perbezaan budaya dan agama.

“Perkara itu sudah berlalu dan saya perlu fokus dengan kehidupan sekarang serta masa depan lebih-lebih lagi dalam menguruska­n dua daripada tiga anak suami yang turut tinggal bersama kami.

“Mereka masih kecil, sudah tentu menjadi tanggungja­wab saya untuk membantu suami menjaga mereka,” katanya.

Ketika majlis persanding­an, dua anak Muhammad Affan iaitu Putri Nur Arfa, 6, dan Putri Nur Khadijah, 4, turut hadir menyerikan majlis yang turut dihadiri 500 tetamu, ibu bapa serta ahli keluarga kedua-dua mempelai.

Anak bongsu Muhammad Affan pula, Putri Nur Qareenasar­a, 2, pula tinggal bersama bekas isterinya selepas mereka bercerai tahun lalu.

Pernah mendapat jolokan Katy Perry Malaysia, Adel berharap peminat terus mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

ADEL PELENGKAP HIDUP AFFAN

Muhammad Affan bersyukur kerana Adel

Bagi Adel, usia muda atau tempoh perkenalan singkat

bukan ukuran melangkah ke alam rumah tangga

 ??  ?? ADEL dan Affan melangsung­kan majlis
persanding­an di Ko Nelayan, Laya-Laya,
Tuaran.
ADEL dan Affan melangsung­kan majlis persanding­an di Ko Nelayan, Laya-Laya, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia