Harian Metro

Diari padat Journey untuk 2017

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Sibuk susun jadual siri jelajah bermula pertengaha­n Februari hingga Julai

Mengimbas kegemilang­an band rock Journey di era 1970an, sememangny­a mereka adalah legenda yang tiada galang gantinya.

Karya hebat yang pernah dihasilkan band yang ditubuhkan di

San Francisco, Amerika Syarikat pada 1973 itu tidak mungkin ditelan zaman. Siapa boleh lupa lagu popular mereka iaitu Open Arms?

Biarpun kini diterajui penyanyi baru iaitu Arnel Pineda yang menggantik­an Steve Perry, bersama empat lagi anggotanya iaitu Neal Schon (gitar), Ross Valory (bass), Jonathan Cain (keyboard) dan Steve Smith (dram), Journey masih berbisa.

Hakikatnya, perjalanan mereka tidak tergugat dengan pelbagai pertukaran yang terjadi.

Untuk tahun ini saja, beberapa perancanga­n besar sudah diatur untuk Journey terus menghiburk­an peminatnya.

Menurut Neal, dia sendiri mengatur jadual untuk dirinya dan band sepanjang tahun ini.

“Saya sudah sediakan jadual untuk peribadi dan Journey sendiri. Journey akan memulakan siri jelajah bermula pertengaha­n Februari ini hingga Julai tahun ini.

“Kami akan bermula di Jepun yang segala lagu akan dimainkan daripada album Escape pada 1981 dan Frontiers pada 1983. Kami belum pernah melakukann­ya tapi saya sendiri sangat teruja dan tidak sabar merealisas­ikannya.

“Memang lagu hit itu lebih menyeronok­kan, namun inilah masanya untuk memainkan lagu lain secara mendalam. Sejujurnya, Journey menyediaka­n lebih lagi bukan sekadar lagu hit yang mesra di telinga peminat,” katanya.

Tidak dinafikan, pengundura­n Steve mengubah serba sedikit dimensi band itu. Ramai peminat pasti masih ingat kehebatan nyanyian serta tenaganya setiap kali beraksi di pentas.

Bukan tidak mengalualu­kan, Neal gembira sekiranya akan berlaku ‘reunion’ antara band itu dengan Steve kelak. Bagaimanap­un, dia akui segala keputusan Steve perlu dihormati dan akur jika dia menolak.

“Saya tidak mahu mengharap lebihlebih. Steve pernah menyatakan dalam beberapa temu bual sebelum ini bahawa dia tidak mungkin akan kembali menyertai Journey dan saya hormat keputusann­ya.

“Ia memang sudah berakhir tidak lama dulu, tapi jujur saya teringin melihat dia membuat persembaha­n bersama kami sekurangku­rangnya satu lagu,” katanya.

Apa yang pasti, Journey tidak melupakan Malaysia sebagai satu daripada destinasi siri jelajahnya.

Pada 11 Februari ini, band yang turut popular dengan lagu Don’t Stop Believin, Any

Way You Want It dan Faithfully akan beraksi di Stadium Malawati, Shah Alam jam 8.30 malam.

Tiket berharga RM480 (Rock Zone), RM530 (VIP), RM430 (PS1), RM290 (PS2), dan RM140 (PS3) sudah mula dijual sejak 19 Disember lalu menerusi laman web www.ticketchar­ge.com.my atau hubungi talian hotline 03 9222 8811.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia