Harian Metro

Ambil kelas penggayaan rambut

- DARI MUKA 1

Menurut pelakon berusia 32 tahun ini, dia juga sedang mencari ruang untuk belajar mengguntin­g dan menggayaka­n rambut.

“Buat masa sekarang, saya mengupah beberapa tukang gunting di kedai itu. Pada masa sama saya juga belajar cara mengguntin­g dan menggayaka­n rambut. Insya-Allah, saya akan mengambil kelas untuk belajar secara lebih teratur dalam bidang ini,” katanya.

Ditanya mengenai minatnya dalam perniagaan, Mustaqim yang juga anak jati Perlis berkata, idea itu timbul sejak beberapa bulan lalu.

“Perancanga­n untuk membuka kedai gunting rambut ini sebenarnya sudah ada sejak lima, enam bulan lalu. Idea ini bukanlah daripada saya seorang, sebaliknya perkongsia­n bersama beberapa rakan lain,” katanya.

Tahun ini juga bakal menyaksika­n empat filem lakonannya akan ditayangka­n di pawagam.

“Insya-Allah, tahun ini empat filem lakonan saya iaitu Kau Yang Satu arahan Osman Ali, Surf This Love (Waan Hafiz), KL Special Force (Syafiq Yusof) dan KL Vampire (Daven) akan ditayangka­n,” katanya.

Selain filem, dia juga tidak menolak tawaran berlakon dalam drama dan telefilem.

“Pada bulan ini juga, drama lakonan saya Kerana Anisa akan menemui penonton di slot Samarinda, TV3. Dalam drama itu, saya memegang peranan sebagai Syukri,” katanya.

Ditanya mengenai perkembang­an kerjayanya sebagai pelakon sejak awal pembabitan, Mustaqim berkata, dia menghargai setiap langkahnya kerana dia sendiri bermula dari bawah.

“Saya bermula sebagai model pada 2008 sebelum mula menapak dalam dunia lakonan pada 2010 sebagai pelakon tambahan.

“Alhamdulil­lah, sekitar 2012, saya mula melihat arah sebagai pelakon dan ditawarkan untuk memegang peranan lebih besar.

“Itu sedikit sebanyak membantu saya menimba ilmu serta pengalaman. Kalau nak dikatakan lama, saya sebenarnya masih baru dan banyak lagi yang perlu saya perbaiki,” katanya.

Bagaimanap­un, Mustaqim sentiasa mengharapk­an supaya peminat dan pengikutny­a sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kerjaya dan kehidupann­ya. -Syafil Syazwan Jefri

Mustaqim dapat idea buka kedai gunting rambut sejak beberapa bulan lalu

 ??  ??
 ??  ?? KEDAI gunting rambut
milik Mustaqim di Wangsa Maju,Kuala
Lumpur.
KEDAI gunting rambut milik Mustaqim di Wangsa Maju,Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia