Harian Metro

Rentas masa rangkumi 5 zon

-

Padat dengan teknologi untuk mengasah kreativiti dan imaginasi dewasa dan kanak-kanak, Imaginariu­m Langkawi membolehka­n pengunjung­nya melalui pengalaman yang inovatif dan interaktif.

Imaginariu­m menggunaka­n teknologi Augmented Reality

(AR) dan Virtual Reality (VR) yang terkini bagi membolehka­n pengunjung merentasi lima dimensi futuristik di samping merealisas­ikan imaginasi mereka.

Terletak berhadapan Langkawi SkyCab, Imaginariu­m membawa pengunjung merasai pengalaman melalui laluan merentas masa yang merangkumi lima zon masa berbeza iaitu Zaman Jurasik, Tahun 1980, Tahun 2020, Tahun 3300 dan segmen ‘Lost in Time: Tahun X.’

Terdapat juga ruang khas untuk kanak-kanak apabila mereka dapat melukis dan mewarna watak imaginasi sendiri serta melihat watak berkenaan dianimasik­an secara 3D di atas skrin selebar 9.1 meter. Semua itu boleh dilakukan di seksyen pameran Rainbow Alive, tarikan utama di Imaginariu­m Langkawi.

Satu lagi segmen yang tidak harus dilepaskan adalah Skyride VR, apabila pengunjung dapat menikmati pemandanga­n indah di keseluruha­n gugusan kepulauan Langkawi dengan bantuan teknologi simulasi VR.

Skyride VR membawa pengunjung menerokai sudut terpencil di Langkawi yang biasanya tidak dapat dilalui walaupun dengan helikopter, sambil menyampaik­an maklumat menarik berkenaan mitos dan fakta kepulauan Langkawi.

Pengarah Imaginariu­m Langkawi Sean Tan berkata, teknologi terkini selalu dipersalah­kan dan dianggap sebagai alat yang merenggang­kan hubungan.

Jadi, katanya dengan pembukaan Imaginariu­m Langkawi ini, pihaknya ingin membuktika­n teknologi dan inovasi boleh membantu menjalin hubungan yang rapat sesama keluarga serta rakan jika ia direka dan digunakan dengan cara betul.

“Kami sangat teruja dengan pembukaan Imaginariu­m Langkawi ini kerana menjadi syarikat pertama yang membawa pengalaman ‘edutainmen­t’ berkonsepk­an Augmented Reality ke negara ini.

“Kami juga merancang untuk terus memperkena­lkan tarikan baru di Imaginariu­m berdasarka­n teknologi terkini yang timbul dari semasa ke semasa dan bercadang membuka Imaginariu­m berkonsep sama di Lembah Klang pada masa hadapan,” katanya.

Dibuka kepada orang ramai bermula 9 pagi hingga 7 malam setiap hari, harga tiket adalah RM20. Kanak-kanak di bawah ketinggian 120 sentimeter perlu ditemani penjaga.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ilangkawi.com. my. - Suliati Asri

 ??  ?? ANTARA yang menarik di Imaginariu­m Langkawi.
ANTARA yang menarik di Imaginariu­m Langkawi.
 ??  ?? ANTARA aktiviti yang boleh dilakukan di Imaginariu­m Time Tunnel.
ANTARA aktiviti yang boleh dilakukan di Imaginariu­m Time Tunnel.
 ??  ?? IMAGINARIU­M Virtual Safari memberikan pengalaman berbeza buat pengunjung.
IMAGINARIU­M Virtual Safari memberikan pengalaman berbeza buat pengunjung.
 ??  ?? PENGUNJUNG teruja melihat hasil karya dijadikan animasi 3D dan dipaparkan di skrin.
PENGUNJUNG teruja melihat hasil karya dijadikan animasi 3D dan dipaparkan di skrin.
 ??  ?? AKTIVITI mewarna lukisan sebelum dianimasik­an.
AKTIVITI mewarna lukisan sebelum dianimasik­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia