Harian Metro

JANA WANG LEPAS GRADUASI

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

Kukuh dulu aliran kewangan bulanan sebelum beli kereta antara disarankan

Banyak kemahuan yang kita ingin beli terutama pada gaji pertama tetapi perlu beringat, sudah banyak kita berhabisan sepanjang pengajian, inilah masanya untuk kita jana wang demi memenuhi impian masa depan.

Beberapa perkara boleh anda lakukan, Gen Y beri idea seperti dikongsi Akademi Jutawan Logam (JL) yang menjelaska­n ia bergantung kepada anda untuk mencubanya sendiri. Antaranya :

PEJAM MATA BAB KERETA

Seelok-eloknya, jangan ghairah membeli kereta baru. Walaupun gaji anda mampu tapi sabar dulu. Sebab apa? Ini kerana anda perlu kukuhkan dulu aliran kewangan bulanan.

Jika ada motosikal, gunakannya pada peringkat awal. Jimat kos, masa, minyak dan tol. Sekiranya anda berasakan ia bahaya, minta kebenaran gunakan kenderaan ibu bapa terlebih dulu. Atau paling tidak, tumpang rakan sekerja atau gunakan kenderaan awam.

Pasti anda tertanyata­nya, bilakah waktu sesuai beli kereta? Sebaik-baiknya, selepas bekerja melebihi dua tahun. Waktu itu anda sudah mampu merancang kewangan dan tahu aliran keluar masuk setiap bulan.

KERJA DEKAT DENGAN RUMAH

Mereka yang baru menapak dalam alam pekerjaan, seelok-eloknya cari kerja berdekatan tempat tinggal. Sekurang-kurangnya anda sudah kurangkan kos menyewa rumah.

Sekalipun menyewa, anda mampu kurangkan kos pengangkut­an setiap hari. Apabila terima tawaran kerja, semak kos perbelanja­an minyak dan tol seharian. Kira juga kos perjalanan sehari dan sebulan, biarlah gaji yang diterima berbaloi dengan penat lelah di samping stabilkan kewangan anda.

BELAJAR BUAT BISNES

Trend zaman teknologi apabila telefon bimbit tidak boleh berenggang dari tangan. Manfaatkan­nya kerana daripada telefon bimbit anda boleh ‘buat’ duit.

Apa kata belajar bisnes kecil-kecilan. Antaranya, anda boleh jadi ‘dropship’ produk orang lain di media sosial, cuma ambil untung ‘atas angin’. Yang penting, tahu produk dan kumpulan sasaran. Pilih produk yang murah dan laris dijual.

Daripada membazir masa sekadar ‘scroll’ Instagram atau Facebook, ada faedahnya anda tambah wang poket dengan mudah.

DAPATKAN KERJA SECEPAT MUNGKIN

Selepas tamat pengajian dan sudah habis tempoh bercuti, sebaik-baiknya cepat-cepat cari kerja. Lagi lambat anda mula, makin bertambah usia untuk anda kumpul pengalaman.

Pengalaman penting kerana banyak syarikat pentingkan latar belakang sebelum diterima kerja. Tidak kisahlah kerja apa asalkan gaji bersesuaia­n dan minat, tidak salah mencuba. Untuk permulaan, jangan terlalu memilih, memang sukar untuk dapat apa yang anda mahukan tapi terima dulu atas dasar timba pengalaman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia