Harian Metro

KERJAYA PEMBACA BERITA

- Khairunnis­a Kasnoon gen.y@hmetro.com.my

Pertama kali buat ‘live cross’ ketika pilihan raya kecil Kuala Selangor detik tak boleh dilupakan

Bermula dengan minat, saya cuba beranikan diri bertanya kepada mentor di tempat kerja sekiranya mempunyai peluang sebagai wartawan penyiaran . Kerjaya saya bermula di Astro Awani sejak 2007 sehingga kini.

Tak terlintas menjadi pembaca berita pada awalnya tetapi atas dorongan dan tunjuk ajar orang sekeliling yang banyak membantu, saya kekal di posisi ini hampir 10 tahun.

PANIK PADA AWALNYA

Antara detik yang saya tidak boleh lupakan ialah apabila pertama kali lakukan ‘live cross’ di televisyen ketika pilihan raya kecil Kuala Selangor. Sebaik bersiaran secara langsung, saya seolah-olah tidak boleh bercakap dan ‘blank’ seketika.

Namun, atas sokongan dan bantuan rakan, saya berjaya harunginya dengan baik.

Pada awal pembabitan dulu, saya mudah diserang panik. Biasalah, berdepan dengan kamera dan membuat liputan secara langsung bukannya mudah, perlu sempurna semuanya dari segi sebutan dan kelancaran proses. Lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan alhamdulil­lah, berjaya meneruskan kerjaya ini sehingga kini.

TAHU BERITA LEBIH AWAL

Kalau bercakap mengenai keseronoka­n menjadi wartawan, kita akan rasa beruntung kerana dapat tahu berita lebih awal daripada orang lain. Sebelum dikongsi di kaca televisyen atau media sosial, semua info perlu dikemas kini dan saya menjadi antara orang pertama yang tahu. Itu menariknya kerjaya ini.

Cabaran akan ada dalam apa juga yang kita lakukan. Disoal di media sosial mengenai kesahihan berita yang saya sampaikan itu sudah biasa. Faktor keselamata­n antara cabang lain yang boleh dikategori­kan sebagai cabaran dalam menjadi wartawan atau pembaca berita.

Contohnya, jika saya turun padang membuat liputan mengenai rusuhan, perhimpuna­n haram atau yang berkaitan, media akan menjadi sasaran ekstremis.

Tapi saya menganggap ini antara pahit manis dalam menimba pengalaman dalam industri ini.

Banyak kenangan manis dan pengalaman berharga bagi sesiapa yang pernah berada ataupun masih dalam industri ini. Untuk menjadi perantara info kepada masyarakat, perlu bersedia daripada pelbagai segi. Namun ia menjadi lebih manis apabila maklumat itu disampaika­n dan diterima dengan penuh manfaat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia