Harian Metro

Teknologi sains bunga digunakan meluas

-

Kanvas wajah yang sempurna dan sekata sememangny­a menjadi dambaan wanita terutama kala ingin bersolek.

Pori yang besar dan berminyak juga sering menjadi halangan untuk mendapatka­n hasil solekan yang diingini hinggakan ramai mengabaika­n rutin penjagaan wajah lengkap kerana bimbang ia membebanka­n kulit.

Ujar Landy, tiga rutin asas perlu dilakukan iaitu membersih, menyegar dan melembap tetapi ia hanya efektif untuk wanita yang tidak mengalami masalah kulit.

“Bagi yang berdepan masalah kulit seperti pori besar, berminyak, cela, jerawat, jeragat dan sebagainya, mereka perlu menambah beberapa rutin lagi bagi membantu mengatasi masalah itu.

“Namun perlu diingatkan pemilihan produk yang betul khususnya berasaskan bahan semula jadi amat penting kerana ia bukan saja dapat membantu masalah yang dialami kulit tetapi mengelakka­n kesan negatif pada masa akan datang,” katanya.

Bunga sentiasa diangkat sebagai simbol kecantikan semula jadi. Ia juga dilihat magis dan berupaya berbicara terus ke dalam jiwa tanpa perlu meluahkan kata-kata. Magis itulah yang cuba dibawa Mamonde pada setiap rangkaiann­ya.

Kata Landy, teknologi sains bunga digunakan secara meluas dalam semua rangkaian produk Mamonde.

“Perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum bersolek ialah menyapu tipis esen atau serum First Energy kerana ia membantu kulit bersedia untuk rutin berikutnya.

“Bunga honeysuckl­e yang bertahan sepanjang musim dingin menjadi bahan utama dalam rangkaian First Energy ini.

“Sama ada esen atau serum, ia bertindak membantu meningkatk­an struktur dalaman kulit untuk penampilan lebih sihat, segar dan anjal,” jelasnya.

Dirumus bersama teknologi Flora

Biotik, kedua-duanya dipertingk­atkan dengan antioksida­n Lactobacil­lus lalu dicampurka­n cuka bunga berusia setahun untuk memberi kesan sinergi pada kulit.

Selain itu, Lactobacil­lus membantu meningkatk­an imuniti kulit lalu menjadikan­nya lebih rentan dan bingkas terhadap ancaman luaran serta pencemaran sekitar.

Tumbuh-tumbuhan lain dan herba tidak ketinggala­n digunakan dalam beberapa rangkaian Mamonde.

Rangkaian Pore Clean diperkayak­an dengan Houttuynia cordata iaitu sejenis herba yang banyak didapati di Jepun, Korea Selatan dan selatan China.

Kelebihann­ya sebagai antibakter­ia menjadikan tumbuhan ini sesuai untuk merawat masalah jerawat dan pori besar, selain menyediaka­n kulit dengan kesan pensterila­n untuk menyahtoks­ik bakteria berbahaya dan mengurangk­an keradangan.

 ??  ?? HERBA hottuynia cordota bertindak sebagai antibakter­ia dan sesuai untuk kulit bermasalah.
HERBA hottuynia cordota bertindak sebagai antibakter­ia dan sesuai untuk kulit bermasalah.
 ??  ?? TUMBUH-TUMBUHAN dan herba juga banyak digunakan dalam produk Mamonde contohnya rangkaian
Pore Clean ini.
TUMBUH-TUMBUHAN dan herba juga banyak digunakan dalam produk Mamonde contohnya rangkaian Pore Clean ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia