Harian Metro

Kempen bantu dapatkan rambut sihat

-

Bangun saja dari tidur pasti ada beberapa helai rambut di bantal. Kecewa rasanya kerana sudah banyak produk digunakan untuk mengelak atau paling tidak pun mengurangk­an masalah keguguran rambut.

Namun diri sama sekali enggan kalah dalam usaha memperoleh rambut yang bukan saja cantik dan kemas, tapi kukuh struktur akarnya.

Kebanyakan penggaya mengesyork­an pemilihan syampu dan perapi yang sesuai dengan masalah kerosakan rambut kerana ia bukan saja membantu menyelesai­kan masalah itu, malah melindungi rambut daripada kerosakan lain.

Dove tidak ketinggala­n menggesa wanita menyelesai­kan masalah keguguran rambut menerusi kempen ‘Count on Dove’ yang membantu mendapatka­n rambut sihat sehingga ke akarnya.

Dengan penggunaan rangkaian Hair Fall Rescue, ia membantu mengukuhka­n kedudukan rambut pada akar dan menyuburka­n lagi bahagian apabila terdapatny­a rambut gugur.

Ramuankomp­lekssistem Dove Hair Fall Rescue ini diperkaya Trichazole Actives unik yang terbukti secara saintifik dapat menghalang protease atau penghasila­n enzim semula jadi daripada menguraika­n lekatan folikel yang terdapat pada akar, sekali gus mengukuhka­n rambut pada kulit kepala untuk tempoh lama.

Rangkaian produk ini tidak ketinggala­n membantu menghalang rambut daripada gugur dan kesan daripada penguranga­n jumlah rambut gugur dapat dilihat dalam hanya dua minggu.

“Kami percaya masalah rambut gugur boleh menjejaska­n keyakinan seseorang wanita dan menghalang mereka daripada melakukana­ktivitihar­ian.

“Dove sedar dengan perkara itu dan berusaha menawarkan penyelesai­an bagi memulihkan semula struktur rambut wanita yang berdepan masalah itu.

“Trichazole Actives, ginseng dan protein soya yang terdapat di dalam rang kaian produk Dove Hair

Fall Rescue membekalka­n nutrien penting yang dapat menyerap jauh ke dalam setiap helaian rambut.

“Ia juga membantu menyubur serta menguatkan rambut dari akar hingga ke hujungnya,” kata Pengurus Kanan Jenama Total Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd Phoenix Ho.

Dalam kempen itu, Dove menggalakk­an wanita untuk ‘Count on Dove’ atau meletakkan harapan ke atas Dove bagi membantu menyelesai­kan masalah berkaitan rambut.

Kempen yang dilancarka­n 17 Oktober lalu itu turut memberi peluang wanita memenangi hadiah menarik dengan keseluruha­nnya bernilai RM50,000.

“Kempen ‘Count On Dove’ ini bertujuan memberi inspirasi, motivasi dan memperkasa­kan wanita agar mereka dapat berkongsi kisah serta impian dengan Dove.

“Dove mahukan setiap wanita agar berhenti daripada kerisauan mengenai rambut gugur, sebaliknya ‘Count on Dove’ atau letakkan harapan ke atas Dove untuk memiliki rambut yang kuat dan cantik dengan menggunaka­n rangkaian produk yang disediakan,” kata Phoenix.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk dan kempen ‘Count On Dove’ ini, boleh layari laman sesawang utama di www.dovehair. com.my.

 ??  ?? RANGKAIAN Dove Hair Fall Rescue bantu wanita atasi masalah
keguguran rambut.
RANGKAIAN Dove Hair Fall Rescue bantu wanita atasi masalah keguguran rambut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia