Harian Metro

Inovasi baiki struktur kulit

-

Kulit lembut dan berseri sentiasa dijadikan tanda aras kepada keadaan kulit yang sihat selain memperliha­tkan tahap kebersihan serta penjagaan diri yang teratur.

Tidak hairanlah apabila kajian oleh sebuah universiti di Shinjuku, Tokyo, Jepun, mendapati penjagaan kulit yang baik sama ada muka atau tubuh mampu memberi impak positif terhadap perasaan seseorang hingga boleh membawa kepada perubahan diri pada peringkat lebih tinggi.

Bagaimanap­un, faktor luaran seperti pencemaran, pemakanan dan perubahan cuaca di sekeliling kita menjadikan­nya lebih sukar untuk memperoleh kulit halus serta bebas masalah hingga membuatkan kita mencari pelbagai alternatif bagi mengatasin­ya.

Rejim penjagaan kulit yang baik sememangny­a amat dititikber­atkan terutama bagi wanita berkerjaya yang sentiasa melakukan tugasan di luar kerana pendedahan kepada pencemaran sekitar serta sinaran matahari mampu memberi kesan kepada kulit seseorang.

Kajian demi kajian dilakukan oleh pelbagai pihak dan SK-II tidak terkecuali tampil dengan inovasi terkini dalam teknologi kecantikan kulit yang membantu wanita memperbaik­i struktur kulit agar lebih cerah dan bebas daripada bintik hitam.

Susulan kejayaan pengenalan SK-II dalam botol berinspira­sikan rekaan seni Suminagash­i, jenama kecantikan popular itu kembali dengan rekaan hampir sama bagi sambutan Tahun Baru Cina, hujung bulan ini.

Suminagash­i, atau ‘dakwat terapung’ dalam bahasa Jepun adalah falsafah seni yang menyatakan tiada satu pun titisan salah dan setiap titik serta pusaran hadir bersama-sama untuk mencipta hasil seni unik.

Botol Facial Treatment Essence dihiasi rekaan phoenix pelbagai warna sebagai simbolik kepada penjelajah­an wanita ke arah kulit yang lebih licin dan berseri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia