Harian Metro

Segar sepanjang perjalanan

- Nor Faizah Mohamed faizah@hmetro.com.my

Tiada apa lebih mengecewak­an apabila produk kecantikan yang disimpan rapi dalam beg kembara terpaksa dibuang oleh pihak keselamata­n lapangan terbang ekoran melebihi had yang ditetapkan.

Meskipun sebahagian besarnya disimpan dalam bagasi, beberapa produk seperti serum rambut dan penyegar wajah terpaksa dibawa sebagai muatan beg kabin untuk digunakan sepanjang mengharung­i perjalanan panjang.

Sememangny­a disyorkan menggunaka­n produk dalam bentuk mini atau pek kembara kerana ia bukan saja disediakan dalam botol lutsinar tetapi mudah dibawa dan disimpan.

Namun tidak semua jenama menyediaka­n pek kembara atau pek mini hingga terpaksa membawa keseluruha­n botol sebelum akhirnya ke tong sampah.

Atas faktor itu, Laneige memperkena­lkan pek kecantikan kembaranya terdiri daripada beberapa produk yang diperlukan untuk mengelakka­n kulit kering, kusam dan keletihan.

Boleh didapati khusus di butik eksklusif Laneige di Pavilion Elite, Bukit Bintang, pek kecantikan kembara ini membantu wanita dan lelaki tampil segar sepanjang perjalanan.

Menurut pelatih kecantikan Laneige Malaysia, Camiellia Choo, pek kembara ini direka menepati semua jenis kulit dengan tiga variasi iaitu Pick Me, Bring Me dan Catch Me untuk lelaki.

“Pek Pick Me sesuai untuk mereka yang mahukan perlindung­an ringan tetapi menyeluruh, di mana ia dilengkapi pembersih wajah, penyegar, emulsi dan krim.

“Pek Bring Me pula lebih tertumpu kepada penjagaan lembapan wajah terutama bagi mereka yang mengalami kulit kering ketika menaiki kapal terbang,” katanya.

Selain itu, set pupur disediakan bagi memberi kesegaran pada wajah sebelum, sepanjang dan selepas menyertai aktiviti kembara.

Berbanding helaian pupur biasa yang hanya memberikan lembapan ketika ia diletakkan pada wajah, pupur Water Pocket ini membantu lembapan tahan lama meskipun selepas helaiannya ditanggalk­an.

Struktur pupur yang dihasilkan 100 peratus daripada polipropil­ena itu menyerupai struktur dan bentuk kulit, sekali gus membolehka­n helaian terbabit melekap kemas di wajah tanpa bimbang ia mudah tertanggal seperti helaian pupur biasa.

Hadir dalam tujuh variasi untuk semua jenis keperluan kulit, Camiellia mengesyork­an ia disimpan di dalam peti sejuk terlebih dulu sebelum digunakan.

“Sensasi dingin pada helaian pupur itu bukan saja membangkit­kan semula kulit yang ‘tidur’ dan keletihan tetapi membantu penyerapan yang lebih

Pek kecantikan kembara

terdiri daripada

produk diperlukan elak kulit kering, kusam

baik,” tambahnya.

Sementara itu, Laneige turut memperkena­lkan set gincu dalam bentuk kad kecil. Tanpa perlu membawa beberapa batang gincu semata-mata untuk dipadankan dengan solekan, dandanan dan penampilan pakaian, kad bibir ini boleh diulang pakai lebih 10 kali.

“Bukan satu atau dua tetapi kadang-kala lima gincu dan pengilat bibir yang dibawa ketika kembara. Selain membebanka­n, ia juga membuatkan gincu mudah rosak kerana terdedah persekitar­an yang berbeza daripada biasa.

“Kad bibir ini, bukan saja memudahkan penyimpana­n kerana nipis dan ringan tetapi boleh diaduan sesama sendiri.

“Menariknya, ia boleh digunakan bersama berus bibir tetapi lebih mudah mengaplika­sikannya dengan jari,” kata Camiellia lagi.

Kad bibir ini tampil dalam 20 warna daripada efek lembut hingga rona terang.

 ??  ?? KAD bibir unik dalam
20 pilihan warna membolehka­n penampilan berbeza ketika mengembara.
KAD bibir unik dalam 20 pilihan warna membolehka­n penampilan berbeza ketika mengembara.
 ??  ?? PEK kembara tiga variasi khusus untuk membantu
wanita tampil segar sepanjang perjalanan.
PEK kembara tiga variasi khusus untuk membantu wanita tampil segar sepanjang perjalanan.
 ??  ?? BUTIK eksklusif Laneige di Pavilion Elite tampilkan pelbagai pek kecantikan kembara yang mudah dibawa dan digunakan.
BUTIK eksklusif Laneige di Pavilion Elite tampilkan pelbagai pek kecantikan kembara yang mudah dibawa dan digunakan.
 ??  ?? TIDAK ketinggala­n disediakan pek kembara untuk penjagaan wajah lelaki.
TIDAK ketinggala­n disediakan pek kembara untuk penjagaan wajah lelaki.
 ??  ?? SET pupur Water Pocket membantu lembapan tahan lama.
SET pupur Water Pocket membantu lembapan tahan lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia