Harian Metro

Cegah keganasan domestik

- Nor Faizah Mohamed faizah@hmetro.com.my

Setiap pekerja salun perlu menjalani

latihan sejam untuk

proses dapatkan

lesen di Illinois, Amerika Syarikat

Penggaya rambut, ahli kosmetolog­i, pakar kecantikan dan pekerja salun kini bukan saja bertindak memberi perkhidmat­an kecantikan kepada pelanggan tetapi sebagai penghubung bagi mengelakka­n berlaku keganasan domestik.

Menurut undangunda­ng baru di Illinois, Amerika Syarikat, berkuat kuasa awal minggu ini, golongan yang terbabit dalam bidang kecantikan khususnya di salun perlu mengambil kesempatan ke atas hubungan baik dengan pelanggan bagi mengatasi masalah itu.

Untuk mendapatka­n lesen dan menyambung lesen perniagaan mereka, setiap pekerja salun perlu menjalani latihan selama sejam membabitka­n pencegahan keganasan domestik ke atas wanita.

Undang-undang itu bagaimanap­un tidak memerlukan mereka melaporkan sebarang keganasan domestik kepada pihak berkuasa dan melindungi mereka daripada sebarang liabiliti.

Namun, latihan khas yang diberikan itu membolehka­n mereka berkongsi maklumat dengan pelanggan mengenai sumber dan bantuan yang diperlukan.

Berdasarka­n Persidanga­n Kebangsaan Badan Perundanga­n Negeri, Illinois muncul kawasan pertama yang melakukan perkara seperti itu dan dijangka beberapa daerah lain akan menyusul dengan undang-undang sama.

Jelas jurucakap Persatuan Kosmetolog­i Chicago Vi Nelson, penggaya rambut adalah individu yang paling mudah mengenal pasti tanda berlaku keganasan domestik.

“Pendera akan cuba mencari tempat dan alasan bahawa ia berlaku disebabkan kemalangan. Biasanya wanita ini didera di belakang kepala dan pasti ada kesan lebam atau bengkak yang tersembuny­i.

“Jadi apabila penggaya rambut menyentuh wanita ini, mereka pasti nampak dan merasai kesan lebam itu yang selama ini tidak dapat dilihat kerana dilindungi rambut,” katanya.

Pelanggan dan penggaya rambut lazimnya mempunyai hubungan rapat, ujar pemilik salun J Gordon Designs di Chicago, Karen Gordon.

“Kami mempunyai hubungan rapat dengan pelanggan hingga boleh dikatakan kami menyayangi antara satu sama lain. Hubungan yang bermula atas dasar perniagaan ini berkembang kepada hubungan sebagai teman berbual dan berkongsi cerita kehidupan masing-masing.

“Biasanya kebanyakan wanita yang mengunjung­i salun gemar bercerita mengenai kehidupan dan secara terbuka berkongsi pelbagai perkara kerana mereka berasa selamat,” kata Karen.

Senator Negeri, Bill Cunningham menyokong langkah itu berikutan isterinya bekas penggaya rambut mempunyai ramai pelanggan rapat yang menceritak­an insiden keganasan domestik yang mereka hadapi.

“Dia sering berdepan saat sukar untuk menangani isu ini apabila pelanggann­ya muncul. Dia tidak pasti dan tidak tahu apa yang perlu dikatakan kepada pelanggann­ya itu. Apa yang boleh dilakukann­ya hanya menjadi pendengar setia mereka.

“Disebabkan itulah perlunya undang-undang yang menghubung­kan mangsa keganasan domestik ini dengan beberapa pilihan bantuan.

“Selain itu, jadikan golongan kecantikan profesiona­l ini sebagai teman rapat mereka dan bukannya bertindak seperti pakar terapi.

“Sasaran utamanya ialah membantu mangsa mendapatka­n bantuan jika mereka memerlukan­nya. Contohnya memberikan nombor telefon bantuan kepada pelanggan mereka.

“Dalam kes ekstrem, mereka boleh membantu pelanggan mendapatka­n perlindung­an di rumah kebajikan khas,” kata Cunningham.

Badan pencegahan keganasan domestik Chicago, Say No More berkata, mandat yang diberikan itu amat diperlukan kerana usaha pencegahan sebelum ini kebanyakan­nya gagal dan pendera terlepas begitu saja.

Pengasasny­a, Kristie Paskvan berkata, pakar kecantikan profesiona­l adalah sumber ideal untuk menawarkan bantuan kerana mereka lebih bersikap objektif berbanding ahli keluarga dan rakan.

“Mereka pendengar yang baik dan boleh mengesyork­an bantuan jika diminta,” kata Kristie.

Wakil Negeri

Chicago, Fran Hurley yang menyokong undang-undang itu berkata, dia mengenali seorang pemilik salun yang meletakkan kad nama untuk kumpulan antikegana­san domestik di tandas premisnya.

“Anda akan terkejut apabila mengetahui kekerapann­ya meletakkan kad nama itu. Ia terpaksa diletakkan berulang kali kerana selalu kehabisan kad,” katanya.

Persatuan Kosmetolog­i Chicago membantu menulis rang undangunda­ng itu agar ia tidak menuntut pakar kecantikan profesiona­l terbabit secara langsung atau melaporkan keganasan itu kecuali atas kehendak mereka.

Sesi latihan pertama akan dimulakan pada Mac ini ketika festival industri kecantikan di Chicago. - AP

 ??  ?? KAREN Gordon sering mendengar kisah keganasan domestik yang dikongsika­n oleh pelanggann­ya.
KAREN Gordon sering mendengar kisah keganasan domestik yang dikongsika­n oleh pelanggann­ya.
 ??  ?? PENGGAYA rambut adalah individu yang paling mudah mengenal pasti tanda
berlakunya keganasan domestik.
PENGGAYA rambut adalah individu yang paling mudah mengenal pasti tanda berlakunya keganasan domestik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia