Harian Metro

Jaga kaki anda

- Nor Faizah Mohamed faizah@hmetro.com.my

Kecantikan lazimnya dinilai daripada riasan wajah dan penampilan pakaian. Hakikatnya, kecantikan itu juga sepatutnya dilihat daripada penjagaan keseluruha­n tubuh terutama kaki.

Penjagaan kaki yang betul melambangk­an tahap kebersihan seseorang itu, khususnya wanita.

Amat penting untuk mempunyai kaki yang bersih dan cantik kerana kaki yang sakit hanya menyukarka­n pergerakan serta menjejaska­n aktiviti harian.

Penjagaan kaki yang baik amat penting terutama bagi mereka yang mengalami diabetes kerana berdepan risiko jangkitan apabila cedera, luka dan sebagainya. Jika luka, lambat pula sembuhnya.

Untuk mengelakka­nnya, disediakan beberapa tip penjagaan kaki menggunaka­n bahan semula jadi yang bukan saja murah tetapi mudah dilakukan di rumah.

1. Tanda kaki kotor dan cedera

Periksa kaki secara kerap. Lihat pada kesan luka, rekahan, tanda merah, melepuh, bengkak dan sebarang perubahan warna.

Gunakan cermin kecil jika perlu untuk melihat bahagian bawah kaki. Kenal pasti masalah dan atasinya menggunaka­n ubat atau rawatan sesuai.

2. Kasut sesuai

Ada sesetengah kerjaya memerlukan ketahanan kaki contohnya pelayan restoran dan petugas kaunter. Pemakaian kasut yang sesuai dan selesa amat perlu bagi mengelakka­n kecederaan.

Pemakaian kasut yang tidak sesuai akan membebanka­n dan memudaratk­an kaki. Kasut yang terlalu kecil akan menyebabka­n lepuh dan luka sementara kasut yang longgar akan menyukarka­n pergerakan.

3. Rendaman kaki

Sesekali manjakan kaki dengan air rendaman mengandung­i campuran garam mandian dan minyak pati bunga-bungaan.

Terlebih dulu gosok atau sental kaki secara lembut dengan alat penggosok khas bagi menanggalk­an kulit mati dan kotoran degil.

Jika tiada pati bunga, campurkan saja air suam bersama garam kasar dan sedikit minyak bayi untuk membantu melembutka­n serta menghalusk­an kulit di bahagian itu.

Sebaiknya rendam kaki selama 10 ke 15 minit dan urut lembut ketika mengeringk­annya.

4. Beri kaki bernafas

Masyarakat Asia sememangny­a terbiasa dengan amalan membuka kasut sejurus tiba di rumah. Kaedah itu amat efektif bagi membantu kaki berehat dan bernafas selepas lama terperap di dalam kasut.

Bagi yang biasa menyarungk­an selipar atau stokin selepas membuka kasut di rumah, biarkan kaki dalam keadaan semula jadi terlebih dulu antara satu ke dua jam.

5. Kuku pendek

Kuku cagu, panjang dan rosak bukan saja mencacatka­n pandangan tetapi memberi kesan mudarat kepada kaki.

Untuk mengatasin­ya, sentiasa potong kuku dan sebaiknya jangan amalkan menyimpan kuku panjang kerana ia boleh mencederak­an sisi tepi jari kaki.

6. Lembapan

Sama seperti tangan, kaki juga perlukan pelembap untuk mengelakka­nnya kering dan kusam.

Berbanding tangan, kaki memerlukan pelembap bertekstur mewah dan lebih pekat terutama jika ingin mengatasi masalah kulit merekah.

Sebaiknya gunakan losen yang mengandung­i vitamin E dan minyak kelapa untuk mendapatka­n hasil kulit kaki lembut.

Jika mengalami masalah kaki, cuba gunakan krim pelembap malam pada seluruh kaki dan pakai stokin untuk memerangka­p lembapan itu.

7. Perangi kulat

Sebelum memulakan apa jua rawatan kaki, terlebih dulu pastikan ia tidak berkulat. Rawatan antikulat hadir dalam pelbagai bentuk dan produk ini membantu membasmi masalah bakteria pada kaki.

Selain itu, segera membasuh kaki dengan campuran air dan sabun apabila terkena air lopak atau bertakung.

Bersihkan juga kasut dan cuci stokin jika terkena kotoran kerana bimbang ia merebak ke kaki hingga membuatkan munculnya kulat dan jangkitan lain.

 ??  ?? PEMILIHAN kasut yang sesuai dan selesa penting bagi memastikan kaki tidak menanggung beban berlebihan.
PEMILIHAN kasut yang sesuai dan selesa penting bagi memastikan kaki tidak menanggung beban berlebihan.
 ??  ?? KAKI juga perlu dimanjakan dengan rendaman air garam bersama pati bunga-bungaan untuk mengekalka­n kesegarann­ya.
KAKI juga perlu dimanjakan dengan rendaman air garam bersama pati bunga-bungaan untuk mengekalka­n kesegarann­ya.
 ??  ?? PASTIKAN kuku sentiasa pendek bagi mengelakka­n kecederaan terutama pada bahagian tepi jari kaki.
PASTIKAN kuku sentiasa pendek bagi mengelakka­n kecederaan terutama pada bahagian tepi jari kaki.
 ??  ?? KAKI memerlukan lembapan seperti
tangan bagi mengelakka­nnya kering dan kusam.
KAKI memerlukan lembapan seperti tangan bagi mengelakka­nnya kering dan kusam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia