Harian Metro

Impian RM1 juta Nazrey

„ Mahu bina pusat tahfiz kedua di Ranau

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

Bekas anggota kumpulan Raihan, Nazrey Johani melahirkan hasrat membina pusat tahfiz keduanya di Ranau, Sabah bagi mengajar remaja mengenai Islam secara lebih mendalam termasuk membaca dan menghafaz al-Quran.

Perancanga­n itu dibuat rentetan kejayaanny­a menubuhkan pusat tahfiz dinamakan Maahad Tahfiz Bayu Syahadah yang menelan kos lebih RM1 juta di desanya, iaitu Kampung Bitoon, Ranau sejak dua tahun lalu.

Nazrey ketika dihubungi berkata, setakat ini pusat tahfiz berkenaan memiliki 14 pelajar yang kebanyakan­nya anak orang miskin dan anak yatim berusia 12 hingga 18 tahun.

“Bagaimanap­un timbul masalah kerana ia terletak jauh di pedalaman iaitu kira-kira 70 kilometer dari pekan Ranau menyebabka­n ibu bapa atau penderma sukar berkunjung.

“Selain itu, sumber air bersih juga tiada. Kawasan sekitarnya hutan dan tiada kemudahan penginapan. Jumlah guru juga terhad, hanya tiga orang menyebabka­n mata pelajaran Bahasa Arab tidak dapat diajar,” katanya. Nazrey berkata, pusat tahfiz kedua itu dirancang dibina di pekan Ranau dan tapaknya juga dikenal pasti.

“Ia khusus untuk pelajar yang sudah menghafal Juz Amma yang mana ia juga sudah melepasi kefahaman fardu ain.

“Saya akan memindahka­n pelajar ke sini dan ia tempat khusus untuk meneruskan penghafala­n al-Quran.

“Bagaimanap­un pusat tahfiz di Kampung Bitoon akan dikekalkan sebagai pusat ilmu pengajian awam masyarakat sekitar,” katanya.

Menurut Nazrey, kos untuk membangunk­an pusat tahfiz kedua juga dianggarka­n lebih RM1 juta dan dia mengharapk­an sumbangan penderma bagi merealisas­ikan hasratnya.

“Kosnya sama, tapi lokasinya lebih baik. Saya juga bercadang bina rumah guru untuk kemudahan mereka,” katanya.

Kosnya sama, tapi lokasinya

lebih baik

Nazrey Johani

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia