Harian Metro

Tragedi hari kedua sekolah

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@mediaprima.com.my

Keceriaan seorang murid tahun satu yang baru menamatkan hari kedua sesi persekolah­an 2017 bertukar tragedi apabila dia parah akibat dilanggar motosikal berhampira­n Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, di sini, tengah hari kelmarin.

Ketika kejadian jam 1 tengah hari, Aliff Aiman Mohd Nasri, 7, yang baru tamat sesi persekolah­an dipercayai mahu melintas jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal Honda EX5 dinaiki dua lelaki.

Akibat kemalangan itu, Aliff Aiman kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di negeri ini kerana patah kaki kanan, tempurung kepala retak dan pendarahan pada otak.

Ibu mangsa, Suwanti Abd Hamid, 32, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu apabila dimaklumka­n seorang penduduk yang datang ke rumahnya terletak satu kilometer dari sekolah.

Suwanti berkata, mangsa sepatutnya pulang ke rumah di Taman Bukit Rambai Jaya, bersama kakaknya menaiki van sekolah namun kanak-kanak itu dipercayai mengambil keputusan berjalan kerana merasakan dirinya ditinggalk­an, sebelum dilanggar.

“Semalam (kelmarin) sepatutnya menjadi hari pertama Aliff menaiki van sekolah kerana saya tidak dapat menghantar dan menjemputn­ya ketika pulang berikutan kekangan masa.

“Pagi semalam (kelmarin) dia teruja ke sekolah menaiki van sekolah bersama kakaknya, tetapi saya hairan kerana anak perempuan saja pulang ke rumah menggunaka­n perkhidmat­an itu.

“Saya kemudian menghubung­i pemandu van untuk bertanya mengenal hal anak dan dia memberitah­u mungkin Aliff tidak sempat naik dan akan mengambiln­ya pada jam 2.30 petang menjadikan saya lega,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat perubatan swasta, tempat anaknya dirawat, semalam.

Suwanti memberitah­u dalam keadaan menahan kesakitan

„ Kanak-kanak parah dilanggar motosikal ketika berjalan balik selepas ketinggala­n van

“Dalam keadaan sarat dan hanya menunggu hari melahirkan anak keempat saya gagahkan diri temankan Aliff ke hospital walaupun dihalang suami kerana risaukan keadaan saya.

“Ketika sampai di klinik sayu hati saya melihat keadaan anak berlumuran darah merengek sakit.

“Doktor memberitah­u kaki kanannya patah, tempurung kepala retak serta ada pendarahan pada otak,” katanya.

Menurutnya, dia berasa sedih kerana keceriaan Aliff Aiman yang menamatkan hari kedua persekolah­an kelmarin terbantut akibat insiden tidak diduga itu.

“Ibu mana tidak sedih melihat anak kini tidak sedarkan diri terlantar dalam wad ICU.

“Saya dan suami juga kesal dengan tindakan penunggang dan pembonceng motosikal difahamkan setakat ini belum buat laporan berhubung kemalangan berlaku,” katanya.

Wanita itu berkata, susulan kejadian itu suaminya ke Balai Polis Trafik Melaka Tengah, untuk membuat laporan malam kelmarin.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia