Harian Metro

Jumpa lagi emas 8kg Serah kepada SPRM

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

Selepas rampasan aset dan wang RM3 juta kelmarin, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menemui jongkong emas seberat lapan kilogram (kg) dan wang tunai dengan nilai keseluruha­n RM2.6 juta dari peti besi milik Ketua Setiausaha (KSU) Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Menurut sumber, jongkong emas dan wang tunai itu ditemui dalam beberapa peti simpanan di dua bank di ibu negara.

“Semalam, SPRM membuka peti simpanan emas di

Putrajaya: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyerahka­n kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalanka­n siasatan sewajarnya terhadap Ketua Setiausaha kementeria­nnya yang ditahan suruhanjay­a itu, kelmarin.

sebuah bank dan merampas jongkong emas seberat lapan kg yang dianggarka­n bernilai 1.6 juta.

“Selain itu, SPRM turut membuka beberapa peti simpanan di bank lain dan merampas wang tunai hampir

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan ringkas berkata, beliau memberi jaminan KKLW akan memberi sepenuh kerjasama kepada SPRM.

“Kami juga akan terus menyokong SPRM dalam membantera­s rasuah dan penyelewen­gan,” katanya.

RM1juta termasuk AU$ 80,000 (RM264,000),” katanya.

SPRM turut menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima milik anaknya.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka dikatakan mempunyai lebih 10 lot tanah atas nama ahli keluarga di sekitar Lembah Klang.

Difahamkan SPRM kini sedang membuat pengesahan serta menilai tanah terbabit.

“SPRM juga akan bekerjasam­a dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan sama ada mereka pernah membuat sebarang pembayaran cukai sejak 2010,” katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n maklumat berkenaan.

“Bagaimanap­un, tiada tangkapan baru dibuat setakat ini. Namun, kami tidak menolak kemungkina­n lebih ramai lagi akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes ini,” katanya.

„ Wang, jongkong emas bernilai RM2.6j dalam peti besi dua bank

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia