Harian Metro

‘Perahu’ PVC selamat isteri

-

Kuala Terengganu: Seorang petani tidak mempunyai pilihan kecuali meredah banjir dengan menolak isterinya yang sarat mengandung menggunaka­n tangki air PVC, kelmarin.

Kamarudin Yusof, 32, dari Kampung Getang, Hulu Terengganu berkata, dia terpaksa menggunaka­n tangki simpanan air rumahnya untuk dijadikan perahu bagi menyelamat­kan isterinya daripada air banjir yang dikhuatiri membawa kuman dan haiwan berbisa.

“Isteri saya, Rosnani Husin yang sudah hampir bersalin tidak mampu bergerak keluar dari rumah selepas kawasan rumah kami dinaiki air setinggi paras pinggang.

“Ambulans yang datang tidak mampu memasuki kawasan rumah kami kerana air agak tinggi. Tanpa mempedulik­an haiwan berbisa, saya redah saja banjir selepas dimaklumka­n ambulan sudah menunggu di jalan utama yang terletak 80 meter dari rumah kami,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, air mula membanjiri kawasan rumahnya kira-kira jam 6 pagi kelmarin dan berterusan sehingga ke tengah hari.

“Ketika itu saya hanya nampak tangki air sahaja yang boleh dijadikan pengangkut­an meredah banjir.

“Walaupun agak bimbang, namun syukurlah isteri dan kandungan selamat sampai di tempat tinggi di jalan utama kampung kami,” katanya yang kini menunggu kelahiran anak ketiganya.

Menurutnya, isterinya kini sudah berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan keadaan kandungan juga selamat.

“Hujan masih melanda dengan kerap sejak kebelakang­an ini dan tidak tahu bila akan berhenti.

“Saya harap semua mangsa yang dilanda banjir tabah menempuhi dugaan ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA banjir (kanan) mengangkat isterinya yang pengsan di Pusat Permindaha­n Banjir di Kampung Durian Mentangau.
MANGSA banjir (kanan) mengangkat isterinya yang pengsan di Pusat Permindaha­n Banjir di Kampung Durian Mentangau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia