Harian Metro

Muslim Care tak lengah agih bantuan

-

Kuala Lumpur: Menyedari keperluan mendesak pelarian Syria yang bukan sahaja menempuh kehidupan serba daif, malah berhadapan musim sejuk ketika ini Muslim Care Society Malaysia (Muslim Care) bertindak segera membawa misi bantuan kepada pelarian berkenaan di sempadan Turki-Syria bermula 25 Januari hingga 3 Februari depan.

Pergolakan politik bersenjata yang tidak berkesudah­an menyebabka­n Syria menghadapi krisis kemanusiaa­n terburuk, Laporan Tahunan 2015 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) menunjukka­n seramai 4.2 juta daripada 18.5 juta penduduk bumi anbia itu menjadi pelarian di luar negara manakala 7.2 juta lagi merempat di tanah air mereka.

Setiausaha Agung Muslim Care Zakaria Abd Latif berkata, bagi misi kali ini, pihaknya menetapkan sasaran membawa 20 sukarelawa­n membabitka­n pelbagai kepakaran termasuk perubatan, media dan pendidik.

“Kami berharap rakyat Malaysia memberikan sumbangan kepada Tabung Muslim Care untuk membantu saudara Syria menghadapi musim sejuk. Selain pelarian di kem, sumbangan turut memfokuska­n kepada bantuan pendidikan anak Syria.

“Muslim Care sudah mempunyai dan menguruska­n empat sekolah di Reyhanli (sempadan Turki-Syria) yang memerlukan RM150,000 sebulan untuk kos operasi,” katanya.

“Kalau tak dapat kebenaran pada 31 Januari ini, kita tetap akan teruskan misi Food Flotilla for Myanmar ke Teknaf, Bangladesh kerana di sana ada lebih 30,000 etnik Rohingya yang sedang menunggu bantuan.

“Kita menghormat­i kedaulatan Myanmar dan undang-undangnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia