Harian Metro

Minggu depan lagi mahal

- Nur Izzati Izzah Nadzi hmetroshah­alam@hme- tro.com.my

„ Peniaga ramal harga terus meningkat menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina

Peniaga menjangkak­an harga ikan, ayam dan barangan basah termasuk sayuran akan terus meningkat menjelang minggu depan.

Selain musim tengkujuh, faktor kenaikan itu turut dikaitkan dengan musim perayaan bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Peniaga ikan di Pasar Besar Meru, Erna Marlias, 43, berkata, ikan bersaiz besar seperti tenggiri, bawal hitam dan bawal emas kebiasaann­ya akan mendapat sambutan tinggi daripada pembeli.

“Jika musim perayaan Tahun Baru Cina, pembeli akan memilih ikan berkenaan untuk hidangan makan malam mereka kelak.

“Permintaan yang tinggi itu mendorong pemborong menaikkan harga lebih tinggi berbanding biasa,” katanya kepada Harian Metro di pasar itu di sini, semalam.

Menurutnya, harga ikan dijangka naik antara RM2 dan RM5 berbanding harga asal.

Bagi peniaga lain, Zainurin Mohamad, 49, harga barang basah turut naik sejak musim tengkujuh dan masih terkawal sehingga kini. “Bagaimanap­un, kami menaikkan harga RM1 hingga RM2 berikutan pemborong meletakkan harga tinggi berikutan cuaca tidak menentu.

“Menjelang perayaan hujung bulan ini, harga barang basah juga dijangka naik pada minggu hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna, Laila Latif, 35, berkata harga ayam yang dibelinya naik mendadak berbanding minggu lalu.

“Saya sebelum ini membeli ayam pada harga RM7.50 sekilogram (kg) namun ia meningkat kepada RM8 hari ini (semalam).

“Peniaga juga memberitah­u saya harga ayam mungkin dinaikkan lagi pada minggu depan,” katanya.

Menurutnya, peniaga sepatutnya tidak boleh menaikkan harga sewenang-wenangnya.

 ??  ?? PENGGUNA memilih ikan di Pasar Klang, semalam.
PENGGUNA memilih ikan di Pasar Klang, semalam.
 ??  ?? IKAN yang dijual di Pasar Basah Sekinchan.
IKAN yang dijual di Pasar Basah Sekinchan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia