Harian Metro

Bekalan kurang nelayan tak ke laut

-

Kuala Lumpur: Isu kenaikan harga ikan di pasaran ketika ini berpunca daripada masalah kekurangan bekalan, sekali gus menyebabka­n harga meningkat.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pengguna diminta lebih memahami dengan keadaan musim tengkujuh yang menghalang nelayan untuk keluar ke laut buat sementara waktu.

Beliau sedar banyak rungutan daripada pengguna mengenai kenaikan harga barang itu tetapi kesukaran turut dihadapi nelayan untuk menyediaka­n bekalan kepada mereka.

“Ini sebenarnya disebabkan bekalan tidak mencukupi kerana nelayan tidak ke laut pada musim tengkujuh.

“Biarpun ramai yang mengatakan harga ikan naik, dengan keadaan seperti ini kita perlu faham dan jangan hanya fikirkan kenapa harga mahal sebaliknya bersimpati kepada mereka terjejas pendapatan,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Kempen Sambutan Tahun Baru Cina 2017 Ong Mali di Tesco Kepong Village Mall, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementeria­n, Datuk Seri Jamil Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie.

Sempena kempen itu, pelanggan Tesco berpeluang memenangi hadiah baucar yang bernilai sehingga RM500,000 dengan setiap pembelian RM100 ke atas dalam satu resit dalam peraduan diadakan di pasar raya Tesco.

Dalam perkembang­an lain, Hamzah mengingatk­an semua peniaga supaya tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya hanya disebabkan pelaksanaa­n penggunaan produk biodegrada­si (boleh urai) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mulai tahun ini.

Katanya, pihaknya memastikan tidak ada peniaga mengambil kesempatan terhadap pengguna disebabkan pelaksanaa­n peraturan baru.

“Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai kuasa membuat peraturan dan apa yang penting kami perlu pastikan harga barang dijual berpatutan,” katanya.

 ??  ?? HAMZAH (kanan) dan Ritchie memberikan angpau kepada warga emas di Tesco Kepong Village Mall.
HAMZAH (kanan) dan Ritchie memberikan angpau kepada warga emas di Tesco Kepong Village Mall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia