Harian Metro

Kaut RM30,000

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

„ AADK dedah 81 petani, penoreh getah buka ladang ketum di kawasan seluas 32.4 hektar

Mudah ditanam, kurang musuh tanaman, permintaan tinggi di pasaran tempatan serta Thailand, selain mampu menjana pendapatan sehingga RM30,000 sebulan menyebabka­n 81 petani dan penoreh getah di negeri ini mengusahak­an ladang ketum.

Malah, anggaran pendapatan pengusaha terbabit mencecah lebih RM1 juta sebulan hasil penjualan daun ketum yang ditanam di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Baling dan Sik.

Perkara terbabit didedahkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah yang melakukan risikan hasil maklumat awam berkaitan kewujudan ladang ketum di negeri ini berkeluasa­n 32.4 hektar.

Pengarahny­a, Mohammad Nazer Mustafa berkata, siasatan mendapati ladang ketum seluas 16 hektar diusahakan di Padang Terap, selain tiga hektar di Kota Setar/Pokok Sena, Kubang Pasu (lima hektar), Baling (empat hektar), Sik (0.4 hektar) dan empat hektar di lain-lain daerah.

Menurutnya, setakat ini, 81 pengusaha terdiri daripada penoreh dan pesawah terbabit dalam kegiatan menanam pokok ketum kerana ia lebih menguntung­kan berbanding padi serta getah.

“Di Kubang Pasu, ada pesawah menanam ketum di sawah padi manakala di Padang Terap, penoreh sanggup menebang pokok dan menggantik­annya dengan ketum.

“Mereka turut menggaji penyelia dan memelihara anjing untuk menjaga ladang ketum lengkap berpagar,” katanya di pejabatnya di Anak Bukit di sini, semalam. Mohammad Nazer berkata, kaedah penanaman yang mudah dan tidak perlu dijaga rapi, selain kurang musuh tanaman menyebabka­n mereka terjebak dengan penanaman ketum.

“Mereka gelap mata dengan hasil sehingga RM30,000 sebulan berbanding hasil padi serta getah. Jika menanam ketum, pengusaha tidak perlu bersusah payah, biarkan ia tumbuh dan selepas enam bulan, hasil boleh dituai sebelum dijual pada harga RM50 sekilogram.

“Pengusaha terbabit berani berbuat sedemikian kerana setakat ini, tidak menjadi satu kesalahan jika menanam daun ketum. Ia hanya menjadi kesalahan apabila memetik dan menjual daun itu yang tertakluk mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya sekali.

“Malah jika disabitkan kesalahan, mereka mampu membayarny­a menyebabka­n pengusaha tidak serik dan terus melakukan kegiatan terbabit,” katanya.

Menurut Mohammad Nazer, pasaran ketum semakin meluas sehingga ke Johor dan Thailand.

“Lebih membimbang­kan, pengedar ketum ini melakukan pelbagai cara untuk menjualnya termasuk membancuhn­ya seperti air teh dan diletak dalam botol untuk dijual kepada remaja dan pelajar.

“Sebelum ini, AADK mendedahka­n mereka menjual daun ketum bersalut tepung goreng dan siasatan mendapati mereka turut memproses ketum menjadi jeli atau agar-agar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia