Harian Metro

Pentingnya menjadikan bandar kita bersih

-

kan dengan sesempurna yang mungkin. Rasulullah dalam satu hadis pernah menegaskan bahawa segala sesuatu ada hak dan tuntutanny­a sendiri. Bagi diri sendiri ada haknya. Pada keluarga ada hak yang mesti kita berikan. Bermaksud hak jasad adalah dengan menjaga serta menjauhkan­nya daripada sebarang kemudarata­n. Andai atas diri sendiri telah ditetapkan salah dan berdosa jika merosakkan­nya, apatah lagi jika perkara yang dilakukan itu melibatkan nyawa orang lain. Lagilah haram dan berdosa besar.

Oleh yang demikian, sumber tenaga dan kekuatan serta idea kreatif yang ada pada golongan muda khasnya mesti diarahkan pada tempat dan jalan yang sebenarnya. Mereka adalah aset utama negara untuk masa depan. Kesinambun­gan dan kesejahter­aan negara sememangny­a bergantung pada generasi ini. Bimbinglah mereka dengan ilmu dan kebijaksan­aan. Jangan bimbing mereka dengan hati dan populariti!

Negeri cantik tidak semestinya bersih, tetapi negeri bersih pastinya cantik. Itulah tanggapan saya terhadap beberapa tempat atau kota raya yang pernah saya kunjungi. Kebersihan sesuatu tempat juga biasanya menggambar­kan sikap dan hati budi penduduk sesuatu tempat itu.

Kawasan atau persekitar­an yang bersih (seringnya juga teratur) biasanya didiami penduduk yang sihat fizikal dan mentalnya, berbanding kawasan yang kotor, kumuh dan padat. Malah kawasan yang bersih dan nyaman turut menggambar­kan tahap keselesaan, kegembiraa­n dan keselamata­n penduduk di tempat tersebut.

Saya mengkatego­rikan Seoul, Brisbane dan Singapura sebagai bandar raya bersih, nyaman dan teratur manakala Jakarta, Bangkok dan Paris adalah yang sebaliknya.

Bagaimanap­un beberapa hari lalu saya terbaca sebuah artikel mengenai bagaimana bandar raya Taipei, Taiwan kini dikatakan menjadi antara bandar raya terbersih di Asia. Dikatakan juga, keadaan itu telah mempesonak­an sekumpulan pelawat Singapura, yang menganggap kebersihan di Taipei adalah lebih hebat berbanding Singapura sendiri.

Kali terakhir saya berkunjung ke Taipei adalah kira-kira 10 tahun lalu. Ketika itu Taipei tiada beza berbanding kota Bangkok atau Jakarta yang hiruk-pikuk dan rendah tahap kebersihan­nya. Malah Taiwan ketika itu sempat mendapat gelaran pulau sampah (island of garbage) oleh sesetengah pihak.

Apa yang mengagumka­n, menurut artikel itu, Taipei kini seolah-olah dibersihka­n oleh penduduk kota raya itu sendiri, bukan oleh pekerja majlis perbandara­nnya. Program kebersihan yang mendapat pujian melambung-lambung oleh pelawat Singapura, iaitu negara yang dianggap antara paling bersih dan selamat di dunia itu amat wajar kita beri perhatian.

Di segi perbanding­an, bandar raya Taipei yang mempunyai penduduk lebih tiga juta jiwa kini hanya mempunyai 5,000 pekerja atau tukang cuci dan pemungut sampah berbanding 70,000 petugas yang sama di Singapura. Bagaimanap­un 5,000 petugas kebersihan di Taipei itu mendapat bantuan daripada seluruh penduduk ibu negara Taiwan untuk menjaga dan memastikan kota raya mereka sentiasa bersih dan menarik.

Budaya cinta kepada kebersihan yang ditanam di jiwa setiap warga Taipei sejak di bangku sekolah itu lagi kini menjadikan hampir setiap warga di kota raya itu menjadi sukarelawa­n kebersihan yang sanggup bersusah payah menjadikan persekitar­an mereka sentiasa bersih dan cantik hingga begitu dikagumi oleh setiap pelawatnya.

Apapun, saya memang tidak pernah suka mengunjung­i Singapura. Hal ini diketahui sangat oleh isteri saya yang dibesarkan dan mendapat pendidikan di republik itu. Bagaimanap­un, oleh kerana ramai adik-beradik dan saudara-maranya masih tinggal di negara itu, maka pada setiap hari raya tidak boleh tidak saya terpaksa juga bertandang ke Singapura.

Selain itu, setiap kali ada majlis tertentu terutama majlis kahwin atau kematian yang membabitka­n ahli keluarga sebelah isteri saya di negara itu, maka dengan rasa berat hati dan amat terpaksa, saya terpaksa jugalah memasuki negara itu dengan perasaan yang amat berat sekali.

Ada beberapa sebab kenapa saya tidak gemar datang ke Singapura. Bukan kerana tukaran wang dolar Singapura berbanding ringgit yang kini sudah mencecah RM3.15 bagi setiap SGD1, tetapi ia lebih kepada faktor perasaan. Benar, setiap kali saya berkunjung ke negara kecil di selatan Semenanjun­g Malaysia itu, perasaan saya menjadi kacau, kecewa dan malu.

Saya tidak begitu kisah dengan harga setiap barangan di Singapura yang sekurang-kurangnya berharga dua kali ganda mahalnya berbanding jika dibeli di negara kita. Malah jika harganya lebih mahal lagi juga tidak mengapa, kerana ia boleh menjadi alasan untuk saya tidak membelinya. Bagi saya, tidak membeli, terutama di Singapura, adalah satu langkah penjimatan yang bijak dan wajar.

Bukan juga kerana terpaksa membayar parkir kereta walau di mana pun kita mahu meletakkan kenderaan kita di republik itu. Baik di pusat membeli-belah, kawasan perumahan, taman atau di mana saja, di Singapura kini bagaikan sudah tidak wujud lagi tempat meletak kereta percuma.

Tetapi bukan itu puncanya kenapa saya tidak ‘kerasan’ setiap kali berada negara itu. Paling saya tidak boleh tahan adalah tahap kebersihan kota raya ini. Susah sangat hendak menemui sampah walau seketul pun. Rumput dan pokok-pokok rimbun yang ditanam di tepi jalan dan sekitar kawasan perumahan serta taman-taman riadahnya hidup subur, menghijau dan terjaga rapi.

Setiap tamannya juga dilengkapi pelbagai alat-alat senaman, papan jongkang-jongkit, buaian dan gelongsora­n untuk anak-anak yang sentiasa kelihatan baru, bersih dan elok berfungsi. Tiada puntung rokok, bekas minuman, plastik bungkus gula-gula atau sisa gula-gula getah di atas rumput atau celah-celah kerusi yang boleh dilihat di situ.

Kebersihan dan keteratura­n yang terlampau ini membuat saya tertekan setiap kali saya berada di Singapura. Saya menjadi tertanya-tanya, kenapa suasana sebegitu tidak mampu dilakukan di tempat saya?

 ??  ??
 ??  ?? SEKUMPULAN remaja telah melakukan aksi bahaya dengan memanjat mercu tanda Ipoh, baru-baru ini, sehingga menjadi tular dalam masyarakat.
SEKUMPULAN remaja telah melakukan aksi bahaya dengan memanjat mercu tanda Ipoh, baru-baru ini, sehingga menjadi tular dalam masyarakat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia