Harian Metro

Fahami jiwa orang muda

-

menggunaka­n kiasan seperti ‘lelaki panjat gunung’ manakala bagi perempuan ‘main masak-masak’. Pelajar terpinga-pinga dan akhirnya mendapat maklumat daripada sumber yang salah.

Ibu bapa kurang menyedari bahawa di sekolah, guru sibuk dengan aktiviti pengajaran dan pembelajar­an, tugas perkerania­n, hari sukan, mesyuarat dan kursus.

Apa yang lebih malang adalah dengan sifat ingin tahu yang tinggi, remaja akan mencuba untuk merasai sendiri.

Galakkan rakan anak datang ke rumah

Tujuannya supaya anda boleh mengenali rakan anak anda. Ada ibu bapa yang saya kenali menyediaka­n satu pondok khas untuk anaknya dan rakan berbual-bual.

Galakkan rakan mereka datang ke rumah walaupun anda mungkin kurang selesa dengan privasi yang sedikit terganggu.

Sekurang-kurangnya itu lebih baik daripada mereka melakukan kegiatan di luar rumah yang tidak anda ketahui.

Berjaga-jaga dengan masa kritikal

Anda perlu berjaga-jaga dan prihatin dengan masa yang mereka berisiko tinggi untuk terbabit dengan

„ Banyak kebaikan jika ibu bapa kenali rakan anak mereka

tindakan kurang bijak.

Kejadian seperti perceraian ibu bapa, putus cinta, peperiksaa­n dan dibuli adalah masa yang dikategori­kan sebagai kritikal.

Jika berhadapan dengan situasi berkenaan, anda boleh bersiap sedia untuk memberikan sokongan dan memberi perhatian lebih berbanding pada masa biasa.

Remaja lebih suka lari daripada masalah berbanding untuk menyelesai­kannya.

Mereka tidak menyedari dengan mengambil dadah, kelegaan yang diperoleh sebentar sahaja. Tidak kurang juga remaja perempuan yang kurang kasih sayang sanggup mengadakan hubungan terlarang dengan pasangan demi mendapatka­n perhatian.

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Sesunguhny­a Allah akan mengangkat darjat seorang hamba yang soleh di syurga. Kemudian dia akan berkata: Wahai Tuhanku, bagaimana hal ini dapat terjadi kepadaku? Maka, Allah menjawab: Hal itu disebabkan oleh doa anakmu agar kesalahanm­u diampuni.” (Riwayat Ahmad)

Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku Marah Tapi Sayang boleh dihubungi melalui Facebook Hilmi Isa (Psikologi Bahasa)

 ??  ?? BANYAK kebaikanny­a jika ibu bapa mengenali rakan anak mereka. - Gambar hiasan
BANYAK kebaikanny­a jika ibu bapa mengenali rakan anak mereka. - Gambar hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia