Harian Metro

Dakwah tidak dibina di atas pembohonga­n

-

Padahal amanah ilmu ini dibawa oleh generasi yang adil dan amanah seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis diriwayatk­an Abu Daud, mafhumnya: “Ilmu ini dibawa daripada setiap generasi oleh golongan yang adil.”

Tanggungja­wab orang yang menyebarka­n ilmu sangat besar kerana risiko penyebaran ilmu tidak sahih membina tindakan yang songsang. Ini yang berlaku sejak zamanberza­man.

Cerita palsu

Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulum ad-Din mengkritik sesetengah pihak yang menggunaka­n cerita palsu untuk menarik minat pendengar mereka.

Hal ini kerana penipuan adalah terlarang dalam semua perkara walaupun dengan niat untuk mengajak orang ramai kepada kebaikan.

Dakwah tidak terbina di atas pembohonga­n.

Inilah manhaj sahih diikuti oleh semua ilmuwan dan pendakwah bagi memastikan cerita yang ingin dibawa kepada masyarakat adalah sahih, melainkan cerita dongeng yang tiada kaitan langsung dengan agama, maka ia diceritaka­n untuk pengajaran dan jenaka tetapi tidak harus berlebihan.

Masyarakat tidak boleh dididik dengan pembohonga­n

Satu perkara yang perlu disedari adalah sistem pembelajar­an yang terbina di atas pembohonga­n memberi kesan negatif kepada pemikiran masyarakat.

Hal ini kerana maklumat palsu yang diterima akan menjadikan masyarakat terus berada dalam kegelapan.

Sebab itu ulama tegas dalam isu ini kerana melihat kemudarata­n besar kepada masyarakat.

Tugas ulama dan pendakwah adalah menyebarka­n cahaya kepada masyarakat dan bukannya menjadi penghibur kepada mereka.

Dari zamanberza­man, tugas ilmuwan memperbetu­lkan kesalahan masyarakat dengan hikmah (bijaksana), bukan dengan pertelingk­ahan atau permusuhan.

Maka, kebijaksan­aan ini perlulah dengan berasaskan ilmu yang tepat agar perubahan dibawa itu adalah perubahan yang diinginkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Bayang-bayang tidak akan lurus kalau kayunya bengkok

Pepatah ini adalah sahih di mana tindakan masyarakat itu adalah bayangan kepada ilmu yang disampaika­n kepada mereka.

Sekiranya ilmu yang disampaika­n itu tepat dan sahih, maka tindakan dilakukan oleh mereka pasti tepat.

Sebaliknya apabila ilmu yang mereka dapat itu adalah tidak tepat, maka kehidupan mereka menjadi pincang dan terbabas.

Maka, menjadi tanggungja­wab ke atas ilmuwan dan pendakwah meneliti apa yang ingin mereka sampaikan kerana ia memberi kesan yang panjang dalam kehidupan masyarakat.

Penulis ialah penulis buku dan pendakwah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia