Harian Metro

RUTIN SENTAL LANTAI

„ Penjaga rumah kebajikan perlu 5 liter bahan cucian setiap bari nyah abu najis nanghuni lanjat usia

- Ainal Marhaton Abd Ghani am@hmetro.com.my

“Saya memerlukan sekurang-kurangnya lima liter sabun dalam bentuk cecair setiap hari bagi memastikan kebersihan rumah dan penghuniny­a.

“Ini kerana lantai perlu dibersihka­n dua kali sehari dan pakaian pula direndam dan dibasuh antara dua hingga tiga kali bagi menghilang­kan bau najis serta air kencing,” kata Pengerusi Badan Pengurusan Rumah Kebajikan Seri Permai Zahari Mamat, 55, yang mengakui memerlukan antara RM700 hingga RM900 sebulan untuk membeli cecair pencuci.

Katanya, walaupun jumlah itu dilihat besar untuk kegunaan seharian, namun ia amat penting kerana berdepan penghuni yang tidak mampu menguruska­n diri sendiri berikutan faktor lanjut usia.

“Ada ketikanya bangun pagi ada bau yang mencucuk hidung dan terpaksa dibersihka­n.

“Mencuci pula bukan di temp itu saja, tetapi keseluruha­n lan sebagai jaminan kebersihan, pa tinya memerlukan sabun yang b nyak,” katanya ketika ditemui rumah kebajikan terbabit ya beroperasi di Taman Tas, di si semalam.

Menurut Zahari, perbelanja­an r mah kebajikan itu mencec RM15,000 sebulan termasuk kos r

ntai asbadi ang ini,

rucah rasyarakat watan, perubatan, lampin pakai buang serta makan minum 16 penghuni.

“Kepada siapa lagi kami meminta kalau bukan mengharapk­an sumbangan orang ramai, selain menggunaka­n wang bantuan bulanan penghuni yang menerima sumbangan Jabatan Kebajikan Mapat dan Pusat Kutipan Zakat bagi menampung perbelanja­an mereka,” katanya.

Zahari berkata, urusan penjagaan diri penghuni diuruskann­ya bersama pengurus rumah, Mohamad Fauzi Ramli, 27, bagi memastikan semuanya terjaga sebaik mungkin.

“Mereka tidak mampu menguruska­n diri sendiri seperti bayi kecil yang perlu penjagaan dan per- hatian sepenuhnya.

“Penghuni di sini mempunyai pelbagai perangai dan ada ketikanya bertindak di luar jangkaan. Ada yang ingat-ingat lupa, nyanyuk hinggakan ada bermain dengan najis sendiri.

“Semuanya memerlukan tahap kesabaran tinggi,” katanya.

Zahari berkata, sejak ditubuhkan tiga tahun lalu, rumah kebajikan itu menerima lebih 90 warga emas lelaki bersilih ganti yang majoritiny­a sebatang kara, terbiar dan tidak dipedulika­n walaupun mempunyai waris.

Menurutnya, penghuni berusia antara 55 hingga 94 tahun itu mempunyai pelbagai latar belakang dan penyakit menyebabka­n setiap daripada mereka memerlukan perhatian khusus.

“Setiap minggu ada antara mereka perlu membuat rawatan susulan di hospital,” katanya.

Mereka yang ingin membantu boleh menghubung­i pihak pengurusan rumah kebajikan berkenaan di talian 013-9118687 atau 017-3501988.

Putrajaya

 ??  ?? ZAHARI dan Mohamad Fauzi membersihk­an lantai di bilik penghuni.
ZAHARI dan Mohamad Fauzi membersihk­an lantai di bilik penghuni.
 ??  ?? ZAHARI (dua dari kiri) bersama Mohamad Fauzi (kiri) menerima sabun yang disumbangk­an penderma.
ZAHARI (dua dari kiri) bersama Mohamad Fauzi (kiri) menerima sabun yang disumbangk­an penderma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia