Harian Metro

‘Panjang macam saya susah cari teman wanita’

-

Banting: “Tinggi macam saya susah cari teman wanita,”. Itu kata jenaka P Thilakar, 17, pelajar lelaki Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Banting yang tular di laman sosial.

Anak kedua daripada tiga beradik itu menjadi perhatian umum kerana ketinggian­nya mencecah hampir 200 sentimeter dan bergambar bersama beberapa guru di sekolah terdahulun­ya, SMK Sungai Manggis di sini, sejak beberapa hari lalu.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia tidak terganggu dengan keadaan fizikalnya yang luar biasa dan berbeza daripada remaja lain.

“Saya menganggap keunikan ini sebagai perkara positif kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersesuaia­n dengan ketinggian saya.

“Saya seronok kerana ia menjadikan diri saya istimewa. Malah, guru mudah mengecam saya,” katanya.

Thilakar berkata, dia mengakui ramai terkejut melihatnya namun ia dianggap normal bagi keluargany­a yang mempunyai ketinggian hampir sama.

“Saya mempunyai ketinggian biasa ketika sekolah rendah, namun ia semakin bertambah sejak memasuki sekolah menengah,” katanya yang ketinggian­nya kini 198 sentimeter dan berat 80 kilogram.

Menurut remaja itu, kesukaran dihadapi antaranya menempah seluar sekolah kerana tiada ukuran di pasaran.

“Apabila masuk sekolah, saya membeli kemeja di pasar raya, namun saiznya sedikit besar kerana ia perlu sesuai dengan ukuran badan.

“Keluarga membawa saya menemui tukang jahit untuk menempah seluar sekolah khas,” katanya yang bercita-cita menjadi polis dan juruteknik.

Sementara itu, Pengetua SMK Bandar Banting Ros Lizam berkata, sekolah itu menerima kehadiran ‘budak panjang’ dengan hati terbuka.

“Keistimewa­an Thilakar boleh menjadi aset penting buat sekolah terutama dalam bidang sukan terutama bola keranjang. Kami akan memastikan dia dapat meneruskan aktiviti pembelajar­an dan sukan yang sama seperti pelajar lain.

“Dia seorang yang lurus dan mudah mesra. Dia juga dapat menyesuaik­an diri dengan baik,” katanya.

 ??  ?? THILAKAR (tengah) bersama rakan di SMK Bandar Banting.
THILAKAR (tengah) bersama rakan di SMK Bandar Banting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia