Harian Metro

KPKT cadang pinda akta urus strata

-

Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang meminda Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) bagi memastikan pemaju perumahan melangsaik­an semua liabiliti syarikat sebelum diserahkan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata, pindaan itu juga bertujuan menerangka­n lebih jelas peranan pemaju dan JMB supaya permasalah­an membabitka­n kedua-dua pihak dapat segera diselesaik­an.

“Mana-mana pemaju yang mahu menyerahka­n tanggungja­wab kepada penduduk (JMB) wajib menyelesai­kan segala liabiliti di bawah pengurusan mereka.

“Menerusi akta yang akan dipinda ini, kami akan menyenarai hitam pemaju yang gagal melunaskan liabiliti ini dengan KPKT. Kini, kami mengarahka­n semua pemaju menyelesai­kan hutang masing-masing sebelum diserahkan kepada JMB,” katanya selepas melawat Pangsapuri Seri Nipah, Seksyen 22, di sini, semalam.

Pangsapuri yang menempatka­n lebih 300 unit rumah itu menghadapi pelbagai masalah termasuk sampah, lif rosak dan kebocoran dinding kerana tidak dapat diselengga­ra dengan baik berikutan kekurangan dana pengurusan oleh JMB.

Difahamkan, JMB pangsapuri berkenaan menanggung pelbagai hutang utiliti berjumlah

RM400,000 sejak mengambil alih daripada pihak syarikat perumahan.

Sehubungan itu, Noh berkata, pihaknya mengarahka­n Pesuruhjay­a Bangunan (COB) menghantar notis kepada semua pemilik kediaman di pangsapuri itu untuk melunaskan segala tunggakan utiliti berkenaan dalam tempoh dua minggu.

Menurut beliau, COB turut diarah bertindak tegas dengan mana-mana pemilik bangunan strata yang mengabaika­n tunggakan utiliti itu di seluruh negara.

 ??  ?? NOH
NOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia