Harian Metro

Pengantin ‘sempoi’

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

„ Majlis kahwin serba ringkas dek insiden luar jangkaan saat akhir tetap disambut meriah

‘Majlis perkahwina­n sebelah suami ringkas dan tiada pelamin mewah kerana rakan yang sepatutnya menguruska­n persiapan perkahwina­n kami tiba-tiba sakit menyebabka­n perancanga­n tergendala.

‘Walaupun hanya memakai baju biasa dan tudung RM10, saya gembira kerana ia pengalaman yang menarik.’

Itu kata Ezaura Rafe, 26, pengantin wanita bersama pasanganny­a, Mohd Fadzli Fuzi, 28, yang tular di laman sosial Facebook (FB) selepas dia berkongsi peristiwa lucu dan mencuit hati ketika majlis kenduri perkahwina­n sebelah suami di Pendang, dekat sini, 31 Disember lalu di laman FB miliknya.

Ezaura yang berasal dari Selayang, Selangor berkata, majlis perkahwina­n sebelah pihaknya dilangsung­kan pada Oktober lalu.

Menurutnya, sehari sebelum majlis kenduri kahwin, tiba-tiba rakan suami yang akan menyediaka­n pelamin dan persiapan kenduri tiba-tiba tidak sihat.

“Kami sudah menempah baju songket untuk majlis persanding­an dan disebabkan kejadian tidak disangka itu, suami memilih untuk memakai baju Melayu biasa saja. Dia mencari pakaian berkenaan di laman sosial Instagram.

“Suami yang menguruska­n semuanya dan dia kemudianny­a membeli jubah dan tudung RM10 untuk saya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Ezaura, bagaimanap­un, ibu mentuanya meminta baju itu ditambah dengan batu permata tiruan kerana terlalu kosong tanpa hiasan selain tudung turut dijahit batu permata tiruan supaya kelihatan cantik.

“Ketika itu suami terpaksa berulang-alik dari Sungai Petani ke Alor Setar, kemudian balik ke Pendang sebelum ke Seberang Prai, Pulau Pinang dan balik semula ke Alor Setar untuk membeli bajunya sebelum berpatah balik ke rumahnya demi melancarka­n majlis perkahwina­n kami.

“Malah, kain meja makan pengantin pun suami beli RM2 semeter. Kami dibantu ahli keluarga untuk menghiasny­a,” katanya.

Ezaura berkata, pelamin pun dibuat sendiri dengan menggunaka­n kerusi rumah ibu mentuanya.

“Satu lagi peristiwa mencuit hati ialah, tiada hidangan pengantin disediakan kerana majlis kenduri sebelah suami sudah lama tidak diadakan iaitu kira-kira 10 tahun dan dia (suami) adalah anak bongsu.

“Jadi kami turut menjamah hidangan nasi daging bersama air asam dan kari daging dalam dulang seperti tetamu. Namun apa yang boleh saya katakan ialah, hidangan itu memang sedap. Ia pengalaman paling bermakna buat saya dan suami,” katanya.

 ??  ?? PASANGAN Ezaura dan Mohd Fadzli berpakaian serba ringkas pada majlis perkahwina­n sebelah lelaki yang menjadi tular di media sosial.
PASANGAN Ezaura dan Mohd Fadzli berpakaian serba ringkas pada majlis perkahwina­n sebelah lelaki yang menjadi tular di media sosial.
 ?? Ezaura Rafe ?? Kain meja makan pengantin pun suami beli RM2 semeter. Kami dibantu ahli keluarga untuk menghiasny­a”
Ezaura Rafe Kain meja makan pengantin pun suami beli RM2 semeter. Kami dibantu ahli keluarga untuk menghiasny­a”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia