Harian Metro

Tambah baik BR1M

-

Putrajaya: Kerajaan sedang melakukan kajian untuk menambahba­ik mekanisme pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya rakyat mendapat manfaat sepenuhnya daripada bantuan yang diberikan sejak 2012.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, kerajaan akan mencari mekanisme terbaik bagi memastikan pemberian BRIM dapat dilaksana secara lebih cekap dan berkesan.

“Sebagai contoh, kita mungkin boleh menstruktu­r semula BR1M, jadi mereka boleh membeli produk makanan yang menjadi keperluan kepada mereka.

“Selain itu, kita juga mengkaji bagaimana BR1M boleh digunakan untuk menyediaka­n skim latihan, sekali gus membolehka­n bantuan itu digunakan secara bijak untuk meningkatk­an kemahiran dan kapasiti penerima,” katanya pada sidang media di Kementeria­n Kewangan di sini, semalam.

Bermula dengan RM500 yang diberikan kepada rakyat dengan isi rumah di bawah RM3,000 pada 2012, jumlah BR1M ditambah setiap tahun iaitu RM650, RM950, RM1,000 dan RM1,200 tahun ini.

Malah, golongan penerima turut diperluask­an kepada individu bujang yang mempunyai pendapatan RM2,000 ke bawah pada 2013 dengan jumlah RM250 diberikan pada 2016, sebelum ditambah kepada RM300, RM350, RM400 dan RM450 pada 2017.

Selain itu, rakyat dengan isi rumah bawah RM4,000 turut mendapat manfaat apabila mereka turut menerima BR1M mulai 2014, dengan jumlah RM450, RM750, RM800 dan RM900.

Mohd Irwan berkata, menerusi cara ini penerima BR1M dapat ‘memasarkan’ diri mereka dan boleh memulakan perniagaan sendiri.

Menurutnya, kajian terperinci perlu dilaksanak­an sebelum melaksanak­an sebarang mekanisme baharu.

 ??  ?? DR Mohd Irwan
DR Mohd Irwan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia