Harian Metro

Sehidup semati

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Pasangan rentung apabila treler dipandu suami terbabas

“Saya tidak menyangka abang kandung dan isterinya ditemui mati dalam keadaan rentung. Kemalangan ini sungguh tragis,” kata Abdul Muwi Zainal Abidin, 43, adik kepada Molok Zainal Abidin, 52, yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 8.8, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), di sini, semalam.

Kemalangan jam 11 pagi itu turut mengorbank­an isteri mangsa, Rosana Baktiar, 21, yang ditemui mati terbakar selepas treler membawa muatan paip besi dinaiki dijilat api sejurus terbabas.

Abdul Muwi berkata, abangnya sudah lebih 10 tahun bekerja sebagai pemandu treler dan berkahwin dengan isterinya sejak dua tahun lalu.

“Saya dimaklumka­n anak saudara, Molok dan isteri akan singgah ke rumah mereka, esok (hari ini) di Rawang. Namun, hajat itu tidak kesampaian apabila terbabit dalam kemalangan ini yang meragut nyawa mereka.

“Saya menerima panggilan daripada polis memaklumka­n kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi kejadian dari Temerloh, Pahang,” katanya yang bekerja sebagai pembantu kesihatan di Hospital Temerloh.

Meskipun sedih dengan kehilangan abang dan kakak iparnya, namun dia bersyukur kerana anak tunggal pasangan itu dikenali sebagai Amsar berusia setahun tidak bersama mereka.

“Hasil pemeriksaa­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat syarikat majikannya di Pajam, Negeri Sembilan mendapati hanya pasangan itu berada di dalam treler berkenaan.

“Malah, ibu mentua abang turut mengesahka­n anak pasangan itu berada di bawah jagaannya ketika kejadian itu berlaku,” katanya kepada wartawan Harian Metro ketika

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia