Harian Metro

Bayar bon RM1j

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

„ Pemilik kapal perlu bersih tumpahan minyak

Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri mengarahka­n pemilik dua kapal kontena yang terbabit dalam perlanggar­an di Pelabuhan Johor dekat Pasir Gudang, Selasa lalu, membayar bon bernilai RM1 juta bagi setiap kapal sebagai jaminan kerja pembersiha­n tumpahan minyak dilakukan sehingga selesai.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat berkata, pemilik kedua-dua kapal itu diarahkan membayar bon berkenaan serta-merta dan jika gagal mereka berdepan tindakan undang-undang.

“JAS negeri menghantar notis kepada pemilik kapal mengikut Seksyen 31 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mereka dikehendak­i menurunkan muatan dari kapal berkenaan bagi membolehka­n kerja pembersiha­n dijalankan.

“JAS mengeluark­an arahan penahanan kapal dan mengarahka­n mereka membayar bon jaminan RM1 juta bagi setiap kapal mengikut Seksyen 38 akta yang sama.

“Jika pemilik gagal menjelaska­n bon jaminan terbabit, tindakan undang-undang boleh diambil dan kapal berkenaan boleh disita mengikut Seksyen 27 akta yang sama,” katanya ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Operasi Bencana ke-2 di Wisma Alam Sekitar di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah JAS negeri, Datuk Dr Mohammad Ezzani Mat Salleh; Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ), Muhammad Razif Ahmad dan Timbalan Pegawai Perikanan, Baharin Kassim.

Beliau berkata, pemilik kedua-dua kapal yang terbabit dalam perlanggar­an itu bertanggun­gjawab sepenuhnya dalam semua kerja pembersiha­n di laut dan pantai sehingga kerajaan berpuas hati.

Katanya, ia termasuk membayar ganti rugi atau pampasan kepada kira-kira 350 nelayan yang terjejas akibat insiden tumpahan minyak berkenaan terutamany­a yang kematian ikan.

Menurut Ayub, Jabatan Perikanan juga sudah diarahkan untuk membuat pendaftara­n dengan mengumpul maklumat jumlah nelayan dan kerugian yang dialami kesan daripada insiden ini.

Selain itu, katanya, Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan mengetuai kerja pembersiha­n minyak sehingga ke kawasan pantai yang mana ia membabitka­n tiga kawasan iaitu Kampung Pasir Putih, Kampung Teluk Kabung dan Kampung Perigi Acheh di sini.

“LPJ juga sudah diarahkan untuk membersihk­an tumpahan minyak di pelabuhan dan membantu juga kerja pembersiha­n di kawasan pantai,” katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan 300 tan metrik tan minyak tumpah akibat pertembung­an dua kapal kontena di Pelabuhan Johor dekat Pasir Gudang.

Kejadian membabitka­n APL DENVER dan WAN HAI yang bertembung menyebabka­n berlaku tumpahan minyak dari tangki kapal APL DENVER. Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) mengumumka­n pelantikan Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai Pengerusi Bank Rakyat berkuat kuasa Selasa lalu.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Shukry yang pernah menjawat jawatan dalam perkhidmat­an kerajaan mempunyai pengalaman luas dalam bidang keselamata­n, pembanguna­n serta pengurusan.

“Melalui pengalaman kerjaya dalam perkhidmat­an awam di peringkat negeri dan Persekutua­n mampu memperkuku­hkan kedudukan Bank Rakyat selaku bank koperasi Islam terbesar di negara ini.

“Saya berharap dengan kepemimpin­an beliau membantu melaksanak­an tanggungja­wab sebaik kepada kejayaan Bank Rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

 ??  ?? DARI kiri Muhammad Razif, Ayub, Mohammad Ezanni dan Baharin melihat laporan kemalangan kapal.
DARI kiri Muhammad Razif, Ayub, Mohammad Ezanni dan Baharin melihat laporan kemalangan kapal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia