Harian Metro

Arahan Jengking Malaya

„ Bekas operator kilang dituduh cuba melakukan keganasan

- Johor Bahru

Bekas operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tiga pertuduhan berhubung kumpulan militan Daish termasuk menerima arahan daripada ahli kumpulan terbabit untuk melakukan keganasan.

Mohammad Firdaus Abdullah, 27, faham akan ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapiny­a, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret

Aisyah Ahmad.

Berdasarka­n pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima arahan daripada seorang ahli kumpulan pengganas Negara Islam (IS) iaitu Muhammad Fudhail Omar, 25, melalui aplikasi sosial media Telegram atas nama Jengking Malaya untuk melakukan perbuatan pengganas.

Bagi perbuatan yang didakwa dilakukan di No 19A, Jalan Padu, Tampoi Industrial Estate, Larkin di sini, antara jam 3.38 pagi hingga jam 3.50 pagi pada 26 Mac 2016 itu, tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 130FA(b) Kanun Keseksaan

Noor (Akta 574) yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa dengan pertuduhan kedua iaitu memiliki 89 video dan sembilan keping imej berkait IS serta 34 video berkait Al-Qaeda dalam sebuah cakera keras dan 64 gambar berkait IS serta dua gambar berkait Al-Qaeda dalam sebuah telefon bimbit yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Padi Murni, Taman Muafakat Utama, Larkin di sini, jam 6.50 petang pada 4 Ogos 2016.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memiliki lapan keping imej dalam sebuah telefon bimbit yang mempunyai kaitan dengan kumpulan IS di Tingkat #04-12 Blok A, Jalan Suria Muafakat Utama, Taman Suria Muafakat Utama, Larkin di sini, antara jam 7.15 malam dan jam 8.25 malam, 4 Ogos 2016.

Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak mana-mana item terbabit, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Unit Jenayah Berat, Mohd Izhanudin Alias, manakala tertuduh diwakili peguam Iskandar Shah Ibrahim yang menyebut bagi pihak peguam Rosli Ismail.

Kes tertuduh akan dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 1 September 2016, tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas empat pertuduhan termasuk memberi sokongan terhadap serangan bom di Kelab Malam Movida, Puchong, Selangor, Jun 2016.

Dia didakwa memberi sokongan kepada perbuatan pengganas iaitu serangan bom terbabit melalui aplikasi Telegram dan turut didakwa memberi sokongan kepada perbuatan pengganas yang mencadangk­an serangan letupan menggunaka­n ‘dron’ terhadap Bukit Aman, Putrajaya dan Kuil Free Mason, Bukit Jalil melalui aplikasi Telegram sama.

 ??  ?? TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia