Harian Metro

Jimat kos air terawat

„ AIR Berhad, AMTEC meterai MoU

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Aliran Ihsan Resources Berhad (AIR Berhad), syarikat yang terbabit dalam industri perawatan bekalan air memeterai memorandum persefaham­an (MoU) dengan Pusat Penyelidik­an Teknologi Membrane Termaju (AMTEC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menerokai dan mengkomers­ialkan penggunaan teknologi Membran Osmosis Balikan di negara ini.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, penggunaan teknologi berkenaan kali pertama digunakan di negara ini yang mampu membantu menjimatka­n kos pembelian air terawat daripada operator loji.

“Produk dan inovasi yang dibangunka­n hasil kerjasama kedua-dua pihak ini dapat membantu pelanggan membeli air terawat daripada operator loji dengan kadar lebih murah.

“Selain itu, teknologi ini mampu mengurangk­an gangguan perkhidmat­an air terutama kepada operasi perniagaan industri di negara ini,” katanya pada sidang media selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani MoU antara AIR Berhad dengan AMTEC di sini, semalam.

Pada majlis itu, AIR Berhad diwakili Pengarahny­a, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dan Ketua Pegawai Eksekutif, Adam Saffian Ghazali manakala AMTEC diwakili Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Wahid Omar dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UTM, Profesor Dr Ahmad Fauzi.

Zaini berkata, melalui penggunaan teknologi terbabit, pelanggan mampu menjimatka­n kos pembelian air terawat sehingga 30 peratus berbanding pembelian di operator loji.

“Malah, kerjasama antara AIR Berhad dan AMTEC juga dapat memberi faedah kepada pihak ketiga yang menjalanka­n pengajian dalam bidang penyelidik­an rawatan air.

“Jalinan kerjasama ini secara tidak langsung dapat membantu negara mempromosi­kan inovasi dan teknologi yang dapat memberi kesejahter­aan kepada masyarakat tempatan juga antarabang­sa,” katanya.

Sementara itu, Che Khalib berkata, penggunaan teknologi membran mampu memproses sisa air dengan menyingkir­kan bakteria dengan lebih berkesan melalui kaedah gabungan prarawatan, penggunaan bahan kimia dan sistem osmosis balikan.

“Sistem yang dibangunka­n ini juga mampu memulihkan sehingga 65 peratus sisa air terawat yang dilepaskan dari kilang dengan mencapai kapasiti pengeluara­n sehingga satu juta liter air sehari.

“AIR Berhad bukan saja menanggung kos perbelanja­an malah mereka turut mereka bentuk, membina, mengendali dan menguruska­n loji terbabit manakala AMTEC sebagai perunding kepakaran berkaitan mereka bentuk dan pembanguna­n sistem teknologi membran,” katanya.

 ??  ?? DR Zaini (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara AIR Berhad dan AMTEC.
DR Zaini (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara AIR Berhad dan AMTEC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia